Makna Nombor Kod Pada Bungkusan Daging Beku. Kena Tahu Sebelum Beli

Jika biasa membeli daging kerbau beku di pasar raya, pasti biasa dengan jenama ini. Selain itu tentu ramai yang perasan pada bungkusan daging ini ada nombor-nombor kod tertentu.

Menerusi info yang dikongsi oleh penjual daging sendiri makna nombor kod tersebut adalah daging bahagian kerbau dan masakan yang sesuai dengan jenis daging tersebut.

Kod 11
  • Bahagian daging bawah perut dan kurang lemak serta urat.
  • Sesuai untuk masakan kari/gulai, rebus/singgang dan masak kicap.
Kod 31
  • Bahagian batang pinang dan paling lembut dan tiada lemak.
  • Sesuai dibuat sate, steak, goreng dan bakar.
Kod 41
  • Bahagian daging dalam paha belakang.
  • Jenis isi daging pejal dan halus, sesuai untuk masakan gulai.
Kod 42
  • Daging dalam bahagian paha belakang. Agak pejal dan sedikit liat.
  • Sesuai untuk masakan rendang, kari, rebus dan singgang.

 

 

Kod 44
  • Daging paha belakang, berotot dan liat sedikit.
  • Boleh digunakan untuk masakan dendeng, serunding dan kari.
Kod 45
  • Daging kerbau beku kod ini merupakan bahagian atas punggung. Sedikit pejal tetapi lembut.
  • Sesuai untuk masakan beriani, kurma, kari dan rendang.
Kod 46
  • Merupakan bahagian daging batang pinang dan mempunyai isi lembut dan berlemak.
  • Enak dibuat sate, bakar dan goreng.
Kod 61
  • Daging bahagian bawah dada. Sedikit pejal dan liat sedikit.
  • Sesuai untuk sup, daging salai, rebus dan singgang.
Kod 64
  • Daging bahagian bahu sehingga paha depan. Isinya sedikit tebal dan lembut.
  • Sesuai untuk sup, rendang, beriani dan kurma.

Kod 65
  • Kod ini bahagian daging bahu depan dan berserat kasar.
  • Sesuai dimasak sup, rendang, kari dan gulai.
Kod 66
  • Daging cincang dan campur. Isinya berlemak dan berurat.
  • Sedap dimasak dalca dan gulai kawah.
Kod 67
  • Daging bahagian leher sehingga rusuk. Isinya pejal dan lembut.
  • Sedap dimasak sate, bakar, beriani dan kurma.

Semoga bermanfaat

Sumber: Facebook Penjual Daging Baraqah Maju

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply