Porsche 718 Boxster dan Cayman Akan Tamat Pengeluaran 2025

Boxster & Cayman

Dalam satu laporan terbaru oleh Automobilwoche, Porsche mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan pengeluaran model 718 Boxster dan Cayman yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) pada pertengahan tahun 2025. 

Menurut pengurus produksi Porsche, Albrecht Reimold, langkah ini diambil untuk memberi ruang kepada model 718 serba elektrik yang baru.

Reimold turut menyatakan bahawa kereta elektrik yang baru ini akan mengekalkan elemen keseronokan yang ada pada model 718 ICE. Beliau juga mengaku sudah memandu prototaip model baharu ini, namun tidak mendedahkan banyak maklumat mengenainya.

Selain 718

Selain model 718, Porsche juga akan menghentikan pengeluaran Macan ICE dan hanya menjual Macan EV yang baru dilancarkan. 

Walaupun versi ICE bagi model 718 dan Macan tidak lagi dijual di Eropah, ia masih tersedia di pasaran lain. 

Di Eropah, ketiga-tiga model ini dihentikan jualannya disebabkan undang-undang keselamatan siber baru Kesatuan Eropah (EU). Undang-undang ini memerlukan kenderaan baru mendapatkan sijil pengesahan yang memastikan mereka dilindungi daripada 70 kelemahan keselamatan.

Maklumat mengenai model 718 elektrik masih dirahsiakan, namun ia dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2025. 

Kemungkinan besar, versi konvertibel akan diperkenalkan terlebih dahulu, sama seperti bagaimana Boxster menjadi model pertama yang dikeluarkan pada tahun 1996. 

Komitmen Porsche

Porsche telah lama dikenali dengan komitmennya terhadap inovasi dan prestasi, dan peralihan ini menandakan satu langkah besar ke arah mobiliti elektrik.

Walaupun ramai peminat mungkin berasa sedih dengan penamatan model ICE yang ikonik ini. Langkah ini seiring dengan matlamat global untuk mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan kenderaan hijau.

Model 718 elektrik yang bakal diperkenalkan ini pasti akan menarik perhatian ramai, terutama sekali dengan janji untuk mengekalkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. 

Dengan Porsche memanfaatkan teknologi terkini, kita boleh menjangkakan prestasi yang luar biasa serta reka bentuk yang menawan pada model-model baharu ini.

Peralihan kepada model elektrik bukan sahaja menunjukkan adaptasi Porsche terhadap perubahan pasaran dan peraturan. Malah komitmen mereka terhadap masa depan yang lebih lestari. 

Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kita akan melihat lebih banyak lagi inovasi dari Porsche dalam usaha mereka untuk terus berada di barisan hadapan dalam industri automotif.

Dari AckoDrive

Baca Porsche Macan Elektrik, Jentera Keunggulan Gaya dan Dinamik

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply