Resipi Peria Masak Serunding Kelapa. Makan Dengan Nasi Paling Sedap

Jom masak lauk Peria Masak Serunding Kelapa yang sangat sedap, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Lauk yang sangat ringkas dan mudah bahkan tidak menggunakan banyak bahan. Sangat berbaloi untuk dicuba.

CARA MASAK PERIA MASAK SERUNDING KELAPA


BAHAN-BAHAN:
1 biji peria (hiris dan rendam dalam air garam untuk hilangkan rasa pahit)
Udang segar secukupnya
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu makan gula
1 1/2 cawan air
1 keping asam gelugurbeli online disini
Sedikit bahan perasa jika perlu
1 batang serai – diketuk. Jika ada
2 senduk minyak masak untuk menumis
1 cawan kelapa parut (ditumbuk dalam lesung batu, jangan sampai lumat)
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering beli online disini
1 biji bawang besar beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
Sedikit ikan bilis atau udang geragau beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak, masukkan serai.
2. Tumis bahan kisar, asam keping, gula, garam hingga naik minyak. Masukkan kelapa parut dan air.
3. Biarkan mendidih. Bila sudah mendidih ganas, masukkan peria. Kacau seketika.
4. Masukkan udang. Masak hingga kuah agak pekat.
5. Bila sudah pekat, sesuaikan rasa. Tutup api dan Perisa Masak Serunding Kelapa sedia untuk dihidang.


Kredit Resipi & Foto: Mariana Zainal

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply