Kenza Layli, Ratu Cantik Miss AI Pertama Di Dunia Sopan Berhijab!

Hebatnya teknologi AI, lebih-lebih lagi selepas mengenali Kenza Layli, ratu cantik Miss AI pertama di dunia yang berpenampilan sopan berhijab!

Terus membanggakan komuniti hijab dunia, pempengaruh media sosial janaan teknologi kepintaran buatan (AI) dari Maghribi dinobatkan sebagai ratu cantik pertama Miss AI dengan mengalahkan lebih 1,000 peserta lain, lapor akhbar The Sun UK.

Kenza Layli memenangi hadiah bernilai AS$13,000 (RM61,231). Ia merangkumi wang tunai AS$5,000 (RM23,550), sokongan pada platform pencipta AI terbesar di dunia dan pakar publisiti berdedikasi yang melibatkan perjanjian bernilai AS$13,000.

Instagram @kenza_layli

 

Instagram @kenza_layli

 

Instagram @kenza_layli

 

Instagram @kenza_layli

 

Instagram @kenza_layli

 

PEMPENGARUH AI

Kenza Layli diangkat sebagai ratu cantik Miss AI pertama di dunia yang berpenampilan sopan berhijab sekaligus mengharumkan nama negaranya iaitu Maghribi.

Para peserta dari seluruh dunia dinilai berdasarkan kecantikan dan pengaruh media sosial serta penggunaan alat AI dalam penciptaan mereka.

Ahli pasukan pengurusan pesohor AI Aitana Lopez, Sofia Novales berkata, Layli mempunyai konsistensi wajah yang hebat dan mencapai kualiti tinggi dalam butiran terperinci seperti tangan, mata dan pakaian.

“Apa yang benar-benar mengagumkan kami adalah keperibadiannya dan cara dia menangani isu sebenar di dunia. Ia menunjukkan bahawa dia mengambil peranannya di platform AI dengan serius,” ujar Sofia.

Sementara itu, Lalina Valina dari Perancis dan Olivia C dari Portugal masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Miss AI.

Layli adalah cetusan idea Meriam Bessa dari L’Atelier Digital & AI, yang merupakan sebuah agensi media di Maghribi. Jom tonton video Kenza Layli di bawah, memang real sungguh!

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/pulang-haji-penampilan-terkini-nagita-slavina-cuit-perhatian-peminat/

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply