Lauk yang sedap selalunya yang ringkas-ringkas saja. Salah satunya menggunakan ikan bilis. Jika biasa buat sambal, boleh cuba pula lauk masak asam ikan bilis.
Cara membuatnya memang ringkas, tak perlu kisar apa-apapun semuanya dipotong dan ditumis saja. Tapi rasanya cukup sedap, bila dah makan memang akan menambah nasi.
Cara buat masak asam ikan bilis
Bahan-bahan
Ikan bilis
Bawang besar dihiris
Bawang putih dihiris
Halia -dihiris
Cili padi diketuk)
Air asam jawa
Garam dan gula
Minyak untuk goreng
Cara membuat
1. Goreng ikan bilis hingga garing dan seketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, dan cili padi. Jika suka pedas lebihkan cili padi. Tumis sampai naik bau.
3. Kemudian curahkan air asam jawa. Selepas mendidih baru masukkan perasa saya masukkan garam, gula dan perasa.
4. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, gaul rata. Boleh juga tambah lagi hirian bawang agar lebih manis. Tutup api.
Lauk ini jika dimakan selepas dimasak, ikan bilis masih rangup. Kesedapannya juga bergantung pada kualiti ikan bilis dan rasa masam, masin dan manisnya.
Selamat mencuba
Sumber: Nor Hayati Bakar
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.