Bunga Petunia adalah pilihan yang sangat popular dalam kalangan pencinta tanaman hiasan kerana kecantikan dan pelbagai warna yang menarik.
Kalau nak tahu lanjut cara penjagaan pokok bunga petunia tahan lebih lama dan berbunga lebat, ikuti perkongsian Ida Aida di bawah.
Rutin penjagaan petunia saya:
1. Siram baja AB 3x seminggu
Saya pilih hari Selasa, Khamis dam Sabtu untuk siram baja AB.
Hari lain siram dengan air paip. Saya siram sekali sehari saja iaitu pada lewat petang dalam pukul 6.30 petang.
Tak sempat 2x sehari pagi dan petang sebab saya rushing pergi kerja pagi-pagi. Siram hingga air keluar dari pasu.
2. Tangkai bunga
Buang tangkai bunga yang layu setiap hari.
3. Lokasi petunia
Letak di tempat yang dapat cahaya pagi hingga tengahari. Petunia ini nak direct sunlight, tapi kalau panas sangat pun dia akan layu.
4. Waktu hujan
Jangan bagi kena hujan berlebihan nanti bunga akan layu.
5. Baja Milagro
Bagi baja Milagro 2 minggu sekali (saya tak selalu letak, ada masa terlupa. Tapi baja AB wajib bagi).
Video perkarangan rumah Ida Aida dihiasi Bunga Petunia:
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.