Cermin ialah permukaan licin yang memantulkan bayangan seiras objek di depannya dan mudah terkena kesan cap jari apabila disentuh.
Sudah tentu kita mahu cermin kembali berkilat dan bersih tanpa guna bahan pencuci yang ada bahan kimia yang tinggi.
cermin hiasan
Berikut merupakan trik mudah cermin bebas daripada kesan cap jari yang dikongsikan Alison Chadwick di laman Instagramnya.
Gambar: Instagram @thechadwick_home
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- 1 sudu besar cecair pencuci pinggan
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar rinse aid
- Air panas
- Campurkan semua bahan-bahan di atas.
- Kemudian, tuangkan ke dalam botol semburan.
- Semburkan kepada permukaan cermin.
- Lap menggunakan kain sehingga kering.
- Nak lebih kering, boleh gunakan pembersih hampagas basah (wet/dry vacuum).
Selain cermin, trik ini juga berfungsi hebat pada kabinet almari. Lepas ini, tiada dah kesan jari!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.