Begini Rupanya Cara Betul Seterika Baju, Barulah Kedutan Cepat Hilang. Ramai Yang Salah Cara

Jadi rutin kita hampir setiap hari untuk akan menggosok atau seterika baju. Tapi selama ini adakah kita seterika baju dengan cara yang betul?

Dikongsi oleh seorang Amir Nano yang juga tenaga pengajar dalam industeri jahitan rupanya kebanyakan daripada kita menggosok baju dengan cara yang tidak tepat. Hasilnya baju yang digosok lambat hilang kedutan.

Dalam pada itu beliau menunjukkan cara betul menggosok pakaian agar cepat licin dalam satu video di akaun Tik Tok beliau @amir17.

Cara gosok baju yang betul

“Bila menggosok baju, jangan gosok dengan cepat. Ia takkan hilangkan kedut.

“Cara menggosok yang betul adalah dengan letak seterika, tekan dan gosok dengan perlahan.

“Gosok dengan perlahan ini penting, barulah haba ada masa untuk licinkan baju,”terang beliau.

Geram betul cikgu bila suruh peserta gosok baju/fabrik ala kadar je hasilnya. Nak gosok pakaian ni perlu rilek, tak perlu pun terburu-buru, tak perlu tekan kuat-kuat, tak perlu beria-beria benoorr. Apa yang oenting waktu menekan pakaian tu, kita feel fabrik tu. Kita layan jee.. Tekan slow-slow bagi masa pada fabrik tu untuk kena haba yang betul supaya lebih licin.♬ original sound – AMIR NANO

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply