“Saya Takut Mati.” Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Kongsi Kisah Hijrah Pakai Hijab

Benarlah hidayah itu milik Allah SWT. Sebagai hamba-Nya perlu syukuri nikmat jika diberikan hidayah kerana ia dapat membantu kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jangan dilihat permulaan seseorang, tetapi pengakhirannya. Belum tentu kita yang bermula dengan baik akan berakhir dengan baik, begitu jugalah sebaliknya.

Jika Allah SWT dapat menerima taubat dan perubahan seseorang, maka di mana daya kita sebagai insan kerdil untuk menafikan seseorang yang berusaha untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik dari sebelumnya kan?

Begitulah yang berlaku kepada isteri pelakon popular Indonesia, Baim Wong iaitu Paula Verhoeven yang kini tampil manis berhijab sejak Mac yang lalu selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

Melalui artikel di portal Insertlive, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu perubahan dirinya adalah disebabkan rasa takut kepada kematian. Hal ini dikongsikan oleh Paula melalui sesi bual bicara bersama Cynthia Ramlan yang dimuatnaik di akaun Instagram.

Menurut Paula lagi, keinginan untuk berhijab bermula pada tahun 2019 lagi namun Allah SWT lebih tahu waktu yang tepat untuk dia berubah. Ketika ditanyakan bagaimana Paula boleh ‘mantap’ membuat keputusan untuk mengenakan hijab, jawapannya cukup ringkas tetapi mendalam.

“Hidayah itu katanya harus dijemput kan? Sebenarnya alasan saya berhijab kerana saya takut mati, semudah itu..”

Paula turut memberitahu bahawa keluarga menjadi keutamaannya sekarang manakala pekerjaan dan bisnes adalah perkara yang akan difikirkan selepas itu.

“Sebenarnya terfikir nak pakai hijab ni dari tahun 2019 lagi, tapi Allah lebih tahu mana waktu yang tepat untuk kita sebenarnya. Kalaulah boleh diputar waktu, saya sebenarnya menyesal. Kenapa tidak dari dulu saya belajar tentang agama. Waktu kita tak banyak..”

Biarpun Paula sangat bersyukur dengan perubahan dirinya itu, tetapi tetap terselit rasa sesal kerana dia tidak benar-benar mendalami ilmu agama sebelum ini bahkan bekas model ini juga dilihat sebak ketika bercakap tentang soal tersebut.

Tonton video ini;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cynthia Nabilla Ramlan (@cynthiaramlan)

Menurutnya lagi, ketika pulang dari umrah dia cuba memakai tudung dan merasakan dirinya sangat tenang. Cukup 40 hari memakai hijab, dia meminta izin kepada Baim untuk terus berpenampilan begitu. Katanya, jika boleh ebrubah untuk menjadi lebih baik mengapa tidak.

Perubahan yang baik pasti akan memberi impak yang positif. Bukan hanya buat Paula tetapi juga semua follower yang menjadikan dirinya sebagai inspirasi. Tidak perlu bermegah-megah dan menunjuk, perubahan Paula sememangnya menjadi perhatian ramai.

Jika mahu berubah ke arah yang lebih baik, kuatkan hati dan lakukan saja. Moga-moga kita diberikan semangat untuk kekal istiqamah.

Artikel Menarik:

“Lama Dah Gambar Ni.” Fattah Tunjuk Foto Fazura & Fatima Jadi ‘Wallpaper’ Telefon

“Saya Buat Kerana Allah.” Nasir Bilal Khan Tak Letak Harga Tinggi, Nak Beri Impak Positif Dalam Kerja

“Berebut Nak Jaga Syurga Kami.” Datin Rebecca & Adik Beradik Seronok Jaga Ibu!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply