Cupcake Aisyah Mohon Netizen ‘Move On’ Daripada Isunya Dengan Leona, “Respon Terbaik Adalah Tidak Berikan Respon…”

Kira-kira dua tahun lalu; pempengaruh, YouTuber & pelakon baharu, Nur Aisyah Muhammaf Razip atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah pernah sensasi dengan persengketaan yang pernah tercetus antara dirinya dengan pempengaruh, Kasih Iris Leona Azhar.

Sekian lama memilih untuk menutup mulut kecuali kenyataan yang pernah dimuat naik menerusi Instagram demi tidak mengeruhkan keadaan.

Biarpun sudah cuba menjelaskan sebaik mungkin, nama Aisyah tetap menerima tempias kontroversi berkenaan apabila netizen yang merupakan pengikut mereka berdua memilih kem untuk menyatakan sokongan mahupun melontarkan kecaman.

(Dari Kiri): Leona Azhar & Cupcake Aisyah.

Lalu, menerusi video YouTube terbaru Aisyah berkonsepkan Q&A dengan para pengikutnya; Aisyah mengambil peluang untuk sekali lagi memberikan penjelasannya berhubung isu persengketaan tersebut dengan harapan netizen menghentikan spekulasi dan move on.

“Leona memuat naik hantaran berkenaan di TikTok pada bulan Januari tahun ini; lebih kurang pada waktu sama saya berdepan situasi bersama Nana (rakan baik Aisyah).

“Jujurnya, saya sudahpun jelaskan apa yang perlu diperjelaskan dalam kenyataan saya di Instagram. Cuma sekali lagi saya ingin jelaskan agar orang ramai berhenti mengajukan pertanyaan ini dan membuat macam-macam andaian,” katanya.

ARTIKEL BERKENAAN: Comelnya Aksesori Kereta Cupcake Aisyah Ini! Korang Boleh Beli Di.. – REMAJA

Aisyah yang merupakan graduan Universiti Westminster, United Kingdom juga memaklumkan bahawa kemelut di antaranya dengan Leona sudah selesai.

“Saya sebenarnya telah menemui Leona pada penghujung tahun 2022, kami bincangkan hal ini dan kemudian saya menghantarnya pulang ke rumah

“Saya sedar saya melakukan kesilapan (dalam persahabatan bersama Leona) tetapi saya ulang sekali lagi, saya tidak merampas sesiapa dan saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan.

“Saya benar-benar berharap kita boleh move on daripada situasi ini. Sudah dua tahun berlalu sejak ia berlaku tetapi keadaan bertambah buruk hinggakan saya tidak boleh buka masuk akaun Instagram, Twitter, TikTok tanpa melihat nama saya dipetik dan dibenci. Ramai orang membuat andaian.

“Selalunya saya tidak akan menjelaskan isu remeh dan kontroversi sebegini kerana tidak mahu ia menjadi yang lebih isu besar. Namun netizen mula menyerang keluarga saya secara peribadi terutamanya ibu saya. Oleh itu, saya terpaksa ke hadapan dan mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Apa-apa yang saya katakan menerusi kenyataan berkenaan adalah 100 peratus benar,” ulasnya lagi.

 

Remaja Belajar Dari Kesilapan

Dalam pada itu, Aisyah yang pernah memenangi anugerah Influence Asia 2017 turut menjelaskan mengapa dia memilih untuk tidak ‘hanyut’ dalam kemelutnya dengan Leona di mata netizen pada platform media sosial.

“Saya tahu ramai dalam kalangan anda yang bertanya mengapa saya tidak mempertahankan diri sendiri. Ia kerana kadangkala respon terbaik adalah untuk tidak memberikan respon. Asalkan saya tahu kebenarannya dan berlaku jujur kepada diri sendiri, saya tidak perlu menjelaskan apa-apa perkara.

“Sesiapa sahaja boleh membuat kesilapan. Saya hanya seorang gadis berusia 23 tahun yang sedang belajar dan membesar dengan kehidupan ini,” simpul Aisyah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply