Tip Ikan Masak Taucu Jadi Lebih Sedap, Kena Letak Sikit Sos Ini

Antara hidangan enak menggunakan taucu adalah ikan masak taucu. Lauk ringkas tapi paduan rasa masin, manis dan pedas boleh buat kita menambah nasi.

Agar lebih sedap, ikan masak taucu ini perlu dilebihkan kuahnya dan masukkan sekali bahan penting iaitu sos ikan. Tip ini diturunkan oleh Nana Sabrina Sarsan dan beliau juga berkongsi cara membuatnya.

Cara buat ikan masak taucu jadi lebih sedap

 

Bahan-bahan

-Ikan perap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng bagi garing, ketepikan.
-Bawang merah, bawang putih & halia -dikisar
-Air asam jawa
-Air secukupnya
-Sos ikan (ini bahan penyedap ikan masak taucu)
-Garam, gula dan serbuk perasa
-Kicap lemak manis (sedikit saja)
-Taucu (basuh dahulu supaya tak terlalu masin)

Bahan hiasan

-Bawang holand, cili merah dan hijau, serta daun bawang yang dihiris.

Cara membuat:

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan taucu.

2. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jika suka berkuah lebihkan air, kalau suka pekat, kurangkan.

3. Kemudian masukkan sos ikan (sedikit sahaja), garam, gula dan serbuk perasa dan kicap. Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan bahan hiasan, kacau sebati dan akhir sekali masukkan ikan, biar sebati dengan kuah seketika kemudian boleh tutup api. Siap!

Selamat mencuba: Nana Sabrina Sarsan

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply