Inisiatif Hijau Kia dan The Ocean Cleanup

Kia Corporation dan The Ocean Cleanup, sebuah NGO yang menginovasikan teknologi untuk membersihkan lautan dunia daripada plastik, kini memperluaskan usaha mereka secara global.

Kerjasama ini bertujuan untuk mempercepatkan penciptaan penyelesaian yang akan memastikan masa depan yang lebih mampan, sambil memerangi pencemaran dan meningkatkan usaha memelihara alam sekitar yang lebih bersih dan sihat.

Pejabat Serantau di Kuala Lumpur

Langkah terbaru dalam kerjasama ini adalah organisasi ini telah membuka pejabat serantau pertama The Ocean Cleanup di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kredit Foto : Website kualalumpurcity.my

Dengan kehadiranya di Malaysia, organisasi ini merancang untuk membina hubungan erat dengan komuniti tempatan serta merancang, menyelaras, dan melaksanakan inisiatif menangani pencemaran plastik di saluran air seluruh Asia Tenggara.

Sumbangan Kenderaan oleh Kia

Sebagai tanda sokongan terhadap kerjasama strategik ini, Kia telah menyumbangkan sebuah kenderaan baharu kepada pejabat serantau The Ocean Cleanup.

Kredit Foto : Website milesgroup.co.nz

Kenderaan ini akan membantu operasi harian organisasi tersebut serta memudahkan penyelidikan lapangan di kawasan-kawasan terpencil yang sukar diakses.

Ini mencerminkan komitmen Kia untuk mencipta dunia yang lebih hijau dan bersih, sejajar dengan nilai teras syarikat.

Inisiatif Mampan oleh Kia

Kia juga bakal memperkenalkan 10 produk mampan yang akan menjadi asas penggunaan bahan mesra alam dalam kenderaan mereka.

Kredit Foto : Website theoceancleanup

Sehingga kini, mereka telah melaksanakan lebih daripada 30 penyelesaian mampan dalam proses pembuatan kenderaan mereka, termasuk penggunaan komponen berasaskan tumbuhan, polietilena tereftalat (PET) yang dikitar semula, dan jaring ikan terbuang dalam penghasilan fabrik dan permaidani kereta.

Pelancaran Model Kia EV3

Komitmen Kia terhadap masa depan yang lebih hijau diperkukuhkan lagi dengan pelancaran model EV3 baru-baru ini.

Kredit Foto : Website worldwide.kia

Model ini adalah yang pertama menggunakan plastik kitar semula secara meluas, dengan anggaran sebanyak 28.5 kg plastik kitar semula digunakan untuk setiap kereta.

Plastik kitar semula ini digunakan dalam komponen luar seperti penutup bampar, fender, dan hiasan pintu.

Visi Masa Depan Mampan

Perkongsian dengan The Ocean Cleanup adalah salah satu strategi utama dalam visi Kia untuk membina masa depan mobiliti yang mampan.

Kredit Foto : Website theoceancleanup

Berdasarkan usaha dan momentum semasa, Kia merancang untuk meningkatkan peratusan penggunaan semula plastik kepada 20 peratus menjelang tahun 2030.

Selain itu, mereka juga bercadang untuk menubuhkan dan mengaktifkan “Virtuous Recycling Loop” bagi mengurangkan kesan iklim ketika melupuskan kenderaan mereka.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply