Baru-baru ini, anak saudara kepada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar (13) berjaya melayakkan diri ke eringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, Sabtu ini.
Khabar gembira itu dikongsi oleh Umairah sendiri menerusi Instagram miliknya semalam.
Sementara itu, ibu kepada Umairah, Siti Sairah Taruddin memohon doa daripada rakyat Malaysia agar anaknya berjaya membawa pulang pingat sekaligus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
“Pada saringan pertama, Umairah bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety dan berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi untuk kategori R&B” – Siti Sairah
“Umairah akan membawakan lagu sama iaitu A Natural Woman untuk peringkat akhir pada Jumaat ini. Umairah mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. Difahamkan, Umairah akan berentap dengan tiga peserta lain” – Siti Sairah
Sebagai ibu, sudah pasti Siti Sairah mengharapkan kemenangan untuk anak sulungnya itu.
“Sudah tentu saya mahu melihat Umairah berjaya harumkan nama negara dan bawa pulang pingat, sekali gus membuktikan memiliki bakat tersendiri. Alhamdulillah, Umairah boleh harungi tekanan sejak tiba di LA pada 28 Jun lalu. Walaupun nampak gemuruh, tetapi Umairah ada misi untuk berjaya”
Tambahnya lagi, “Perasaan gemuruh perkara biasa untuk seorang penyanyi, apatah lagi, dalam pertandingan. Jadi, saya mohon doakan Umairah berjaya.”
Selain Umairah, antara yang turut berjaya ke peringkat akhir adalah pasangan kembar, Aleysha dan Ryan bagi kategori Duet, Dion Das dan Ryan Zachary (Peragaan), Kumpulan Dance Duo (Tarian Duo) dan Vanessa William (Tarian Solo).
Seramai 15 peserta mewakili negara bagi kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan dengan menyaksikan penyertaan daripada 70 negara pada kejohanan edisi ke-27 yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood. Keputusan peringkat akhir akan diumumkan pada Ahad ini.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.