Diam tak diam, kini sudah hampir lapan tahun pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim nekad melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik dan semakin kelihatan anggun serta ayu mengayakan fesyen patuh syariah sejak bergelar selebriti berhijab.
Mengakui cukup selesa dan lebih yakin dengan penampilan sedemikian, Sherry bagaimanapun mengenang kembali detik-detik awal di mana dia juga pernah melakukan kekhilafan dengan mengenakan fesyen yang kurang sesuai buat wanita muslimah.
“Saya Sendiri Pernah Terpakai Seluar Ketat..” – Sherry Ibrahim
“Di fasa awal penghijrahan, saya juga manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan. Misalnya saya sendiri pernah terpakai seluar ketat dan bila sedar ia adalah suatu proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
“Seiring waktu saya belajar lebih banyak perkara tentang aurat wanita dan mengapa wanita perlu memelihara aurat dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah, kini tak sangka sudah lapan tahun saya mengekalkan penampilan sebegini.
“Bersyukur dikurniakan istiqamah, meski jalan yang terpaksa ditempuh bukalan mudah dan saya berharap agar peminat mendoakan agar hati saya kekal teguh dalam perjalanan mendekatkan diri padayang maha esa,” ujar bekas pramugari itu.
Lapan Tahun Istiqamah Berhijab, Buka Mata Sherry Dari Menghakimi Orang Lain
Selain itu, bercakap kepada NONA, Sherry turut menitipkan pandangan bahawa, sebagai masyarakat kalau boleh elakkan sikap terus menjatuhkan hukum dan melemparkan persepsi yang tidak baik, terutamanya terhadap wanita yang baru mengenakan tudung.
Kerana menurut Sherry, kesilapan yang dilakukan misalnya dalam soal pemakaian adalah satu proses yang menjadikan seseorang itu lebih peka terhadap apa yang digayakan.
“Saya sedar, kalau ada beri kritikan, itu merupakan pandangan individu dan ia sifatnya subjektif. Macam saya alhamdulillah, seru untuk mengenakan hijab itu datang secara tiba-tiba, tanpa adanya pengaruh daripada mana-mana pihak.
“Ia datang sendiri dan bersyukur kerana mendapat hidayah itu. Cuma itulah, bila ada yang kata ramai yang mula mengenakan hijab kerana ikut trend semata-mata, siapalah kita untuk menghakimi.
“Malah saya juga percaya, bagi yang bertudung pun Allah SWT tetap akan uji kita dengan cara lain,” luah Sherry.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Sherry Ibrahim
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.