Siti Nurhaliza Nampak Semakin Ramping & Fit, Rajin Lakukan Senaman ‘Rahsia’ Ini

Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.

Penampilannya yang menawan dan fit menjadi buah mulut peminat dan media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik perubahan fizikal yang menakjubkan ini?

Senaman ‘rahsia’ tersebut adalah senaman Muay Thai. Tokti yang gemar melakukan senaman Muay Thai, menjadikan senaman ini sebagai salah satu rutin latihannya untuk mengekalkan badan yang sihat dan fit sehingga kini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Lakukan dengan berkala dan berdisplin, barulah berat badan makin turun, badan jadi lebih bertenaga dan paling penting makin langsing!

Info Senaman Muay Thai

Info untuk kamu, senaman Muay Thai ini memberikan banyak kebaikan pada badan, secara fizikal dan juga mental. Antaranya adalah:

  1. Sistem ketahanan badan diperkuatkan
  2. Kekuatan otot dan stamina dapat dipertingkatkan
  3. Gabungan latihan kardio dan kekuatan badan yang terbaik
  4. Kesihatan mental lebih terjaga dan membantu melepaskan stress
  5. Berat badan ideal dapat dikekalkan selain daripada melakukan diet
  6. Pinggul menjadi lebih terbentuk melalui gerakan lutut dan tendangan
  7. Kesihatan lebih terjaga apabila kolestrol berkurangan dan tekanan darah tinggi dapat diturunkan
  8. Kulit lebih berseri selepas toksin dikeluarkan melalui peluh dan metabolisme pula menjadi lebih lancar

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Selain daripada melakukan Muay Thai, TokTi juga gemar melakukan senaman HIIT (High Intensity Interval Training) yang melibatkan latihan berat seperti rope slam dan dumbells.

Senaman Muay Thai ini perlu dilakukan sebanyak dua kali seminggu, selama satu jam untuk menikmati kebaikan daripadanya. Semoga bermanfaat!

BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply