Sudah 15 tahun menyepikan diri sejak bergelar suri hati kepada ahli politik, Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mukhtar Radin. Lama juga kita tidak mendengar khabar berita tentang kakak kepada pelakon Shaheizy Sam, Datin Sri Zizie Izette Abdul Samad.
Malah, kali terakhir namanya menjadi sebutan adalah apabila nama Zizie dan suami terpalit hingga ke mahkamah berikutan sebutan kes yang melibatkan rasuah berjumlah RM 2.8 juta.
Namun, pelakon jelita ini kembali meraih perhatian dan menjadi sorotan wargamaya apabila seorang jurusolek terkenal, berkongsi wajahnya selepas disolek dan ditatarias menerusi laman sosial Instagram jurusolek berkenaan.
Zizie Izette Masih Berbisa, Jelita Di Usia 45 Tahun!
View this post on Instagram
Hantaran berkenaan telah membuatkan ramai peminat serta wargamaya terkesima menyaksikan kejelitaan raut wajah Datin Seri Zizie Izette yang tampak anggun dan jelita selepas disolek.
Zizie yang kelihatan anggun menyarung persalinan hitam dari pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini dan hanya memakai topi dan menutup sebahagian rambutnya turut mendapat perhatian warga maya.
Warganet Terkesima! Puji Kejelitaan Zizie Izette
Team NONA, sempat meninjau ruangan komen pada hantaran tersebut dan mendapati rata-rata netizen meninggalkan komen positif serta memuji kejelitaan rupa paras suri hati Bung Mokhtar Radin itu.
Malah, ada juga yang mempersoalkan gaya Zizie yang terkini seperti tidak dimamah usia meskipun sudah berusia 45 tahun serta penampilan yang agak berlainan jika hendak dibandingkan sebelum ini.
Biarpun gaya terbaru pelakon ini kadangkala sering menjadi pertikaian netizen di media sosial, bagaimanapun kali ini Zizie Izette berjaya memukau para peminat dan orang ramai dengan kejelitaan ibu kepada lima cahaya mata ini.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram @saidatulnisaaminuddin & Zizie Izette
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.