Isteri Fizi Ali Selamat Lahirkan Bayi Perempuan. Tahniah!

Isteri kepada penyampai radio popular, Fizi Ali, Tiz Ikha selamat melahirkan bayi perempuan secara normal, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Fizi menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Syukur alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga. Yeah, mama dah selamat lahirkan baby girl.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Fizi Ali Tamatkan Zaman Duda, Kini Bergelar Suami Kepada Tiz Ikha

“Kuat mama tadi, hampir 6 jam bertarung untuk bersalin normal. Jadi sekarang bertambah lah seorang lagi perempuan dalam hidup daddy,” coretnya.

Dalam pada itu, Fizi turut memuat naik sekeping foto memperlihat isteri tercintanya sedang terbaring di atas katil sebuah pusat perubatan sambil meletakkan bayinya di atas dada.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah kepada Fizi dan isteri.

Sekadar info, Fizi dan Tiz Ikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Fizi Ali

Comments

Leave a Reply