Nak Jaga Hati Isteri, Jangan Sampai Letak Mak Di Belakang!

Nak jaga hati isteri bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya apabila suami dikatakan anak lelaki kesayangan mahupun anak mak.

Inilah yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara suami isteri bila ada campur tangan mentua atau ipar dui dalam perkahwinan.

Nak Jaga Hati Isteri

Bagi suami atau anak lelaki, sudah tentulah hati akan berbolak balik, sayang dan ingin jaga hati isteri sebaik mungkin dan masa yang sama tidak mahu melepaskan tangan dalam tanggungjawab kepada mak dan adik beradik yang lain.

Kadang-kadang, ada isteri yang hanya mahu dirinya saja diberi perhatian tanpa memikirkan tentang mentua atau ipar duai. Ini silapnya dan boleh berlaku masalah keluarga yang lebih serius.

Sepatutnya, dalam rumah tangga, suami bukan saja jaga hati isteri tapi tidak lupa tanggung jawab pada mak yang melahirkan dan adik beradik yang lain. Manakala isteri, jangan terlalu mengongkong suami untuk hanya dirinya.

Ada sesetengah isteri mungkin hanya mahu suaminya hanya perlu jaga hati tanpa hiraukan perasaan mentua. Kita tak tahu apa dalam hati mentua yang melahirkan dan membesarkan anak lelakinya selama ini.

Perkongsian daripada Farizal Razali ini ada benarnya. Baik isteri jangan terlalu ‘tidak suka’ mentua, manakala mentua jangan terlalu mengikat anak lelaki dan ipar duai pula jangan ada perasaan membenci.

Jaga Hati Isteri, Mak – Sama Penting

Selalu sangat kita dengar kisah mak mentua yang tak elok sekarang kan. Kadang-kadang yang tak tercapai dek akal. Kenapa la mak mentua sanggup buat yang tak elok kat menantu sendiri kan? Tak dinafikan, memang ada mak mentua yang masih mahukan anak lelakinya mendahulukan dia dari menantunya. Memang ada.

Jom kita cuba pandang dari sudut mak mertua pula.

Anak lelaki yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari, dilahirkan dengan penuh kesakitan, dijaga & dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Mungkin 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun, tak pernah terpisah. Makan semua air tangan mak. Semua keputusan akan tanya mak. Semua kisah suka duka pasti akan bercerita dengan mak.

Tiba-tiba si anak berkahwin dengan seseorang yang baru dikenali. Mungkin 6 bulan, 1 tahun, 5 tahun.

Dah jarang balik rumah mak. Dah jarang bercerita dengan mak. Mak minta sesuatu, anak lelakinya kata “tak boleh jawab lagi mak. Kena tanya isteri saya dulu”

Lagi buat mak terkilan, sekarang semua isteri lebih baik. Isteri lebih baik dari adik beradik lain dan isteri lebih pandai masak dari adik beradik lain. Malah, isteri masak lebih sedap dari mak masak.

Sedikit sebanyak hati seorang mak akan tersinggung. Pasti.

Kena pula dulu mak ayah ikat perut nak bagi anak lelakinya belajar tinggi supaya punyai masa depan yang cerah. Tapi sebaik saja bekerja & punyai pendapatan, anak lelaki berkahwin. Mak ayah belum merasa duit anak lelaki, tapi menantu dah merasa.

Dugaan Ipar Duai

Ipar duai pula. Bila masuknya ipar perempuan dlm keluarganya, maknya asyik puji menantu baru. Kakak ipar kau pandai masak, tak macam kau. Adik ipar kau lembut je, tak kasar macam kau. Semua menantu lebih baik dari anak perempuan sendiri.

Sedikit sebanyak pasti terasa, kan? Pasti.

Dari situ bermulanya rasa nak mengawal anak. Bimbang menantu mengambil tempat dirinya di hati anak lelakinya.
Jangan Terlalu Puja Isteri

Jadi, kepada anak lelaki terutamanya. Bila berkahwin, jgnlah terus memuja isteri hingga lupa jasa mak & adik beradik.

Kepada menantu perempuan, berilah masa kepada keluarga mentua untuk terima anda, sebagaimana anda perlukan masa utk menerima keluarga mentua.

Kunci segalanya adalah sabar.

Berbeza dengan anak perempuan yang berkahwin. Macam mana sekalipun, dia perlu taat pada suami selagi suami menunaikan tanggungjawabnya.

Kadangkala kita tak rasa apa yang mentua rasa. Buatkan kita terus rasa mentua kita tak berhati perut tanpa cuba mendalami apa yg dia rasakan.

Ayat yang selalu kita dengar. “Kalau takut anak ikut cakap isteri, jangan bagi anak tu berkahwin sampai tua”. Tepuk dada tanya hati, boleh guna ke ayat tu? Kalau semua anak lelaki mak tak berkahwin, makin ramailah gadis tak berkahwin. Makin banyak zina dan anak anak gadis yang rosak. Terhentilah keturunan Nabi Adam as.

Ingat, kalau perlakuan tak elok terjadi, anak lelaki tak cacat. Tapi anak perempuan akan cacat.

Peranan Anak Lelaki

Di sini, anak lelaki perlu mainkan peranan. Jaga hati mak, dalam m masa yang sama tak lukakan hati isteri. Mak itu syurga, isteri itu amanah. Dua-dua sama penting.

Namun, jika dah lama pun masih hubungan tak elok, baik di pihak mentua mahupun pihak menantu, semak semula di mana silapnya. Silap mak mertua atau menantu atau silap suami/anak lelaki.

Jangan terlalu membenci, takut makan diri. Kelak kita bakal jadi mentua. Apa pun yang kita kata hari ni, takkan sama bila kita melaluinya nanti.

Wallahua’lam.

Sumber: Farizal Radzali


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply