Resipi Roti Sardin Gulung Goreng Tepung

Roti Sardin Gulung Goreng Tepung antara menu yang sangat mudah dibuat dan juga digemari ramai. Pendek kata kalau sedap intinya, memang sedaplah rasa roti ni. Jika tak ada masa yang banyak nak masak inti, guna sahaja inti tuna dalam tin. Hanya perlu ceduk dan gulung dengan roti. Boleh juga gunakan inti Sambal Tumis Ikan Bilis. Bagi anda yang suka makan Roti Sardin Gulung, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noraslinda Md Radzhi ni. Pasti puas hati.

CARA MASAK ROTI SARDIN GULUNG GORENG TEPUNG

BAHAN-BAHAN:
Roti sandwich
Bancuhan tepung gandum secukupnya
BAHAN-BAHA INTI:
1 tin besar sardinebeli online disini
7 biji cili api – hiris
1/2 biji cili besar merah – hiris
1 biji bawang besar saiz sederhana – hiris
3 ulas bawang putih – cincang
1 biji limau kasturi
Gula dan garam secukup rasa
Bawang besar hiris ( untuk dicampur bila inti dah nak hampir masak )
CARA MEMASAK:
1.Tumis semua bahan yang sudah dihiris dan cincang tadi hingga naik bau.
2. Masukkan isi sardin sekali dengan sosnya. Kacau dan hancurkan isi ikan.
3. Masukkan hirisan bawang besar, jus limau kasturi, gula dan garam secukupnya.
4. Kacau sekejap dan bila inti dah kering, boleh padamkan api.
5. Jika inti sardin banyak minyak, tapis untuk keringkan. Jika tumis guna minyak sedikit dan tiada lebihan minyak, tidak perlu tapis.
6. Ambil sekeping roti, letak inti dan gulung kemas. Untuk lekatkannya, boleh sapu bancuhan tepung gandum di hujung roti. Lakukan hingga habis dan roti tidak perlu dileperkan.
BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
1 cawan tepung gandumbeli online disini
1/4 cawan tepung goreng serbaguna (spicy) beli online disini
2 sudu makan tepung jagung (membukit) beli online disini
2 sudu makan tepung beras (membukit) beli online disini
1 sudu makan marjerin
Sedikit air kapur beli online disini
Udang kering (optional)
Hirisan daun bawang
Perencah cukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan kecuali daun bawang dan udang kering. Kacau sebati. Pastikan adunan tidak cair sangat.
2. Masukkan hirisan daun bawang dan udang kering. Kacau.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Bila minyak untuk menggoreng dah betul-betul panas, ambil dalam 2 sudu makan dan tuang ke dalam adunan tepung tadi. Kacau sebati. Tujuannya untuk dapatkan salutan tepung yang rangup.
4. Ambil kepingan roti gulung tadi, celup tepung dan goreng hingga keperangan.

NOTA: Jangan kerap balik-balikkan roti untuk elakkan roti serap minyak.

 

Kredit resipi & foto: Noraslinda Md Radzhi

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Comments

Leave a Reply