Rumah Kampung Pusaka 12 Bilik Binaan Baru Dalam Kebun, Hasil Kongsi Duit Adik Beradik

Rumah Kampung Pusaka 12 Bilik Binaan Baru Dalam Kebun, Hasil Kongsi Duit Adik Beradik. Kagum dengan sillaturahim hebat keluarga besar Puan Fuzie Zainal Abidin ini. Kesepakatan 7 beradik bersatu hati dalam mengumpul duit membina semula rumah kampung pusaka yang terletak di dalam kebun buah-buahan di Melaka.

Binaan rumah baru pada tapak asal rumah pusaka ini susulan keadaan rumah kayu tradisional Melaka yang sedia ada telah rosak teruk dimakan anai-anai. Hasil perbincangan bersama, adik beradik ini sepakat untuk membina rumah baru yang lebih selesa sewaktu berkumpul beramai-ramai pada hari istimewa.

“Rumah asal dah rosak teruk dimakan anai-anai sebab arwah mak ayah dah lama meninggal dunia. Hasil pakatan adik beradik kami bina rumah baru yang lebih selesa untuk tampung family besar lebih-lebih lagi bila Hari Raya. Rumah ni dibina Julai 2018 dan siap pada 2019 tapi disebabkan PKP/covid baru dapat merasa 3 kali beraya di sini,” Fuzie.

Rumah Lama

“Syukur Alhamdulillah..rumah kampung pusaka hasil binaan baru kongsi duit dengan adik beradik dan anak-anak saudara. Rumah hasil daripada silaturahim anugerah Allah. Menjadi
rumah tempat kami berkumpul di hujung minggu dan Hari Raya,” Fuzie

Rumah pusaka adik beradik dalam kebun.

Spesifikasi Ruang Rumah

Istimewanya binaan rumah baru ini mempunyai 12 bilik tidur dan 7 bililik air. Memang banyak cukup selesa untuk menampung tetamu yang datang serta seluruh ahli keluarga. Malah tanah yang luas turut diwakafkan untuk binaan surau bagi kegunaan majlis ilmu penduduk kampung.

“Rumah dalam kebun ini mempunyai 12 bilik 7 bilik air dan 2 ruang tamu, dapur basah, ruang makan terbuka dan dapur basah old skool,” Fuzie.

View tepi rumah, belakang masih banyak pokok-pokok buah-buahan.

Beranda atas

Dapur kering bersambung dengan ruang makan terbuka.

Ruang tamu utama mengadap ruang makan terbuka.

View daripada beranda atas ada 3 bilik kecil.

Bilik-bilik beranda atas.

“Indahnya arwah mak ayah wakafkan sedikit ruang untuk binaan surau, bagi majlis ilmu jiran kampung sejak puluhan tahun sehingga kini,” Fuzie.

Depan rumah ni ada tanah surau yang arwah mak ayah wakafkan sejak puluhan tahun hingga kini untuk majlis ilmu jiran kampung.

IMPIANA: Alhamdulillah, semoga menjadi inspirasi buat yang lain dalam menguruskan tanah dan tinggalan rumah pusaka. Kesepakatan adik beradik dan keluarga besar amat penting dalam menguruskan rumah pusaka yang ditinggalkan oleh mak ayah.

Mesti Baca: Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan
Baca Lagi Di Sini:Rumah Pusaka Bertukar Jadi ‘Homestay,’ Buruk Macam Nak Roboh Terus Jadi Villa
Artikel Menarik:Ubah Suai Rumah Pusaka Uzur Usia 50 Tahun Jadi Konsep Vintage Retro!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply