Pelakon, pengacara dan DJ radio terkenal, Sharifah Shahirah baru-baru ini menyatakan bahawa dia sentiasa mengawasi pemakaian anak-anaknya susulan gaya mereka sering mendapat reaksi kurang senang dari pengikutnya di media sosial.
Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata, dia turut tidak akan teragak-agak menegur anak-anaknya sekiranya pakaian itu keterlaluan atau mencolok mata.
“Saya artis dan bukan dilahirkan dalam keluarga bertudung labuh tetapi sebagai ibu, saya akan kawal cara pemakaian anak-anak saya. Melainkan kalau mereka keluar tanpa pengetahuan saya, itu cerita lain…”
Kredit: Instagram @shieraijoy
Shiera yang ditemui media Mstar berkata, dia juga mempunyai cara tersendiri dalam mendidik keenam-enam anaknya yang sudah pasti berbeza daripada cara didikan orang lain.
Jelasnya, dia juga tegas dan berterus terang dalam menegur anak-anak jika mereka melakukan sebarang kesilapan.
“Saya jenis akan berterus terang dengan anak-anak dan sebab itu saya tak boleh jadi ‘kawan’ mereka. Sebenarnya bukan mudah nak menjaga anak-anak yang meningkat remaja tapi saya ada cara tersendiri untuk rapat dengan mereka”
Kredit: Instagram @shieraijoy
Selain itu, Sheira menyatakan bahawa kecaman dilemparkan juga sebenarnya bukan datang daripada pengikutnya sebaliknya masyarakat yang kurang senang melihat kebahagiaan keluarganya.
Namun sebagai seorang ibu, pelakon itu lebih memilih untuk enggan melatah sebaliknya menjaga lidah dengan apa diperkatakan kerana bimbang ianya akan berbalik kepadanya keluarganya.
“Kalau betul ada salah, saya minta maaf. Saya paling takut nak menghakimi anak-anak orang sebab kita tak tahu pengakhiran keluarga kita pula macam mana”
Sekadar info, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan miliki lima orang cahaya mata bersama.
Sebelumnya, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali pada tahun 1993 namun bercerai pada tahun 1999 dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu penyanyi Allisya Tahir.
Sumber: Mstar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.