Baru-baru ini penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin raih tumpuan ramai apabila tampil ringkas dan sederhana ketika berangkat ke Rainforest World Music Festival (RWMF 2024) di Kuching, Sarawak.
Kredit Foto: selangorroyalofficial
Menyarungkan kemeja polos dan celana denim rona biru menyerlahkan kecantikan asli yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang kini mencecah usia 53 tahun.
Setiap kali muncul di khalayak, penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sering menjadi bualan kerana Baginda seorang yang bijak menjaga penampilan.
Punya identiti serta auranya yang tersendiri sebagai seorang permaisuri kesayangan rakyat Selangor.
Kredit Foto: selangorroyalofficial
Memetik hantaran di Instagram Selangor Royal Official, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke hari kedua Rainforest World Music Festival (RWMF 2024) di Kampung Budaya Sarawak dekat Kuching, Sarawak.
View this post on Instagram
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Baginda berkenan menyaksikan persembahan muzik tradisi dan global khususnya dari anak-anak tempatan.
Kredit Foto: selangorroyalofficial
Antaranya, penyanyi tersohor negara yang popular dengan lagu Hijau, Dato’ Zainal Abidin dan juga pemain Sape’ berketurunan Kelabit, Alena Murang.
Baginda berdua turut berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan Dato’ Zainal dan Alena.
Kredit Foto: selangorroyalofficial
Sumber: Selangor Royal Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.