Nasi goreng antara menu yang selalu dihidangkan, dalam seminggu mungkin dua tiga kali masakan ini berada atas meja baik waktu pagi, tengah hari atau malam.
Memandangkan selalu dimasak, elok sekiranya kita permudahkan caranya dengan menyediakan pes. Antara cara membuat pes yang mudah dan sedap dikongsi oleh Cikgu Said. Dah ada pes ini, cuma tumis, masuk nasi, sayur dan gaul saja, dah siap nasi goreng. Lima minit dah siap!
Cara buat pes nasi goreng
Bahan-bahan
20 biji cili padi hijau (lebihkan jika suka pedas)
7 biji cili besar merah
5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 gengam ikan bilis
Cara membuat
1. Tumbuk atau kisar bawang dan cili hingga hancur.
2. Tumbuk ikan bilis hingga hancur (boleh rendam dulu supaya lembut).
3. Panaskan minyak dalam kuali secukupnya kemudian tumis bahan kisar dan juga ikan bilis.
4. Tumus hingga kering dan pecah minyak.
5. Kemudian tambah garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Gaul rata.
6. Tutup api dan biar pes sejuk. Masukkan pes dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.
8. Bila mahu menyediakan nasi goreng cuma masukkan pes ini dalam kuali bersama dengan nasi serta sayur. Kacau, siap!
Foto : Facebook Masak Apa Hari Ni
Sumber: Cikgu Said
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.