Menu pulut durian ini selalu dihidang bila tiba musim durian. Walaupun nampak ringkas tapi hakikatnya ada juga yang belum tahu cara membuatnya.
Bagi yang mahu cuba menyediakan hidangan pulut durian ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Nur Masri untuk memasak pulut dan santannya sekali. Hasilnya bukan saja sedap tapi wangi sangat.
Cara buat pulut durian
Bahan- bahan
4 cawan pulut susu
Daun pandan & daun pisang
2 mangkuk kecil santan
Garam
Durian
Cara membuat
- Rendam pulut susu selama satu jam, tapis atau sejat pulut yg direndam tadi.
2. Lapik periuk pengukus dengan daun pisang, masukkan pulut bersama daun pandan untuk wangikan pulut. Kukus selama 15 minit.
3. Sementara pulut dikukus, sediakan santannya. Bancuh santan bersama garam sedikit, selepas 15 minit keluarkan pulut yang dikukus tadi dan gaul sebati dengan bancuhan santan. Kemudian kukus semula sehingga pulut masak , 25-30 minit.
4. Untuk santan dimakan dengan pulut, masukkan santan dalam periuk dan gaul dengan sedikit garam. Masak sekejap menggunakan api perlahan kemudian tutup api.
5. Sediakan letak durian dalam pinggan, bersama dengan pulut dan tuang kuah santan. Sedia dinikmati. Boleh juga hidangkan dengan gula kabung/ gula nira/ gula melaka, lagi sedap.
INFO: Boleh juga masak pulut dalam rice cooker. Lebih senang tapi hasilnya tak sama dengan cara mengukus. Pulut yang dikukus lebih cantik.
Sumber: Nur Masri
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.