“Dah Pilih Nama Untuk Anak” Datuk Awie Teruja Bakal Timang Anak Ketujuh!

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Datuk Awie dan isterinya, Sharifah Ladyana yang bakal menimang cahaya mata ketujuhnya pada Julai ini.

Kongsi Datuk Awie menerusi satu temubual, dia meluahkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan menerusi pembedahan pada 7 Julai ini.

Tambah teruja kata Awie, dia dan isteri sudah pun mempunyai nama buat buah hati yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya itu. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku!

“Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah,” katanya teruja.

Menurutnya bapa kepada enam cahaya mata ini lagi, dia bakal berada di Kelantan dan mahu kembali segera untuk bersama isterinya sebelum tarikh bersalin kelak.

“Mengikut jadual, saya ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi pada malam itu juga saya perlu pulang ke ibu kota sebelum isteri masuk ke bilik pembedahan.

“Ini adalah antara pengorbanan saya sebagai anak seni. Antara sebab beginilah kenapa saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anak. Namun jerih perih kehidupan inilah saya lalui demi mereka.

“Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka dikurniakan seorang anak pada tahun. 2020.

Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply