Dalam memilih kediaman atau rumah impian, ada banyak panduan yang dikongsi. Selain kewangan antara yang penting adalah pemilihan ruang dalam rumah supaya kediaman yang dibeli selesa diduduki oleh sekeluarga.
Antara panduan yang boleh kita jadi rujukan adalah tip dari Azizul Azli Ahmad yang juga perunding hartanah. Menurut beliau terdapat tujuh aspek yang perlu diperhatikan dalam hal ini.
Tip memilih ruang dalaman rumah pertama
1. Dapur sebaiknya tidak di depan, berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita berbeza. Jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata.
2. Pintu bilik tidak mengadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak bilik tidur kita. Keluar bilik nampak orang.
3. Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tak kena kipas nanti. Makin tinggi, makin baik pengudaraan dalam rumah. Sebaiknya 10’0″ tinggi.
4. Kiblat tidak mengadap bilik air, takkan nak sujud menghadap bilik air. Susah nak khusuk nanti.
5. Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai kemalam.
6. Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi hidup nanti. Nak buat aktiviti senang nanti.
7. Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik, 2 bilik air sebagai pemulaan. Bukannya satu bilik sahaja. Elakkan Soho, Sovo, Sofo.
Mula dengan rumah kecil dan sederhana, jangan mengada nak teres atau bunglo yang ada taman bunga dan penuh rama rama .
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.