Genap 3 Bulan Bersalin, Nurin Afiqah Kini Ligat Langsingkan Badan!

Genap 3 bulan bersalin anak sulung pada awal April lepas, usahawan dan selebriti Nurin Afiqah kini dilihat semakin ligat langsingkan badan.

Dalam waktu yang sama, Nurin juga kembali giat bekerja disamping menguruskan keluarga dan membuat senaman bagi mengembalikan kecergasan.

Berusia 28 tahun, fesyen hijabista ini sering dipuji, malah beliau juga turut mempunyai jenama gaya hidup tersendiri iaitu Nada Identity.

Instagram @nurinafiqaaah

Instagram @nurinafiqaaah

 

LANGSINGKAN BADAN

Genap 3 bulan bersalin anak sulung pada awal April lepas, Nurin Afiqah juga dilihat semakin ligat langsingkan badan.

Daripada gaya kasual kepada formal, outfit dan gaya hijab Nurin menjadi rujukan followers.

Lebih mementingkan keselesaan, kiblat fesyen Nurin berubah selepas bergelar ibu. Helaian begini antara pilihan terkininya.

Pernah bergelar jurulatih Zumba, bakat Nurin dalam bidang tarian juga diteruskan. Seorang yang lincah dan pandai menari, beliau menyuntik semangat kepada hijabi lain agar meneruskan minat menjaga kesihatan secara menyeronokkan.

Bahkan aktiviti Zumba terus menjadi rutin fizikal beliau bagi mengembalikan bentuk badan selepas melahirkan anak. Memang smooth gerak tari Nurin, menyerlahkan jiwa aktif yang tebal dalam dirinya.

Dalam kesibukan merawat diri sendiri, ibu kepada baby Julia ini juga kerap berkongsi hantaran tentang keibubapaan. Rata-rata followers turut membantu memberikan pendapat dan nasihat berguna kepada Nurin.

Apa pun tak sabar nak tunggu Nurin buat comeback tak lama lagi. Gaya hijabi asal Selangor itu memang selalu memukau dan effortless, contohnya bila bertopi macam ni!

 

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/genap-38-tahun-hari-jadi-pertama-tanpa-abah-diana-amir-luah-kerinduan/


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply