Tip Jadi Isteri Terbahagia Walau Sibuk Berkerja, Jangan ‘Tamak’ Buat Seorang

Nak jadi isteri terbahagia, anda kena banyak berkongsi buat bila sudah jadi suami isteri. Tak boleh lah ‘tamak’ buat semua benda sendiri. Nanti rasa penat, mula lah nak menyinga.

Macam mana nak uruskan emosi wanita yang sibuk, anda kena baca dulu tip daripada saudari Amalina Sehabudin untuk menjadi isteri terbahagia.

Tip Jadi Isteri Terbahagia

1) Rajin, masak. Tak rajin, makan luar. Malas keluar, delivery/grabfood/foodpanda ada (yg pasti payment guna kad laki). Laki request nak masak juga? Boleh. Lepas masak bagi laki kemas dapur, lepas makan tugas laki cuci pinggan.

2) Laki balik kerja lambat, kita makan dulu. Pastikan perut kita kenyang. Sebab perut yang lapar boleh mendatangkan amarah.

3) Laki nak keluar lepak malam-malam, minta dia setelkan pinggan mangkuk kat sinki, buang sampah, kemas rumah dulu. Lepas tu biarlah dia keluar sebab bila dia keluar, kita kat rumah pun tenang.

4) Laki keluar lepak, tak payah lah nak berjaga sampai dia balik. Pergi masuk tidur. Pastikan dapat tidur secukupnya. Tidur penting. Tak cukup tidur juga boleh mendatangkan amarah.

5) Rumah bersepah, hulur vacum minta laki vacum rumah sambil kemas apa yang patut.

6) Toilet kat rumah berbagi lah dengan laki dia cuci yang mana, anda cuci yang mana, gilir-gilir ke kan.

7) Kain baju, suruh laki basuh dan keringkan, anda lipat, iron dan susun dalam almari. Sebab biasa laki bab melipat, iron dan menyusun baju ini tak sekemas bini.

8 ) Anak-anak yang dah besar sikit, pass dekat laki untuk uruskan. Anak tu dah 9 bulan anda bawa dalam perut, 2 tahun duk mengempeng. Takut lupa pula siapa bapaknya. Dan bapak itu pun takut dia lupa dia ada anak. Jadi kena tolong mereka saling mengenali satu sama lain.

Cukup lah 8 tips ini dulu. Bukan tak nak me”raja”kan laki. Masalahnya kebanyakan itu keturunan diraja pun tak ada. Harta pun tak banyak mana. Pembantu rumah pun tak ada.

Harapkan part-time helper yang dipanggil sekali sekala. Isteri cuma memberi peluang untuk dia tunaikan tanggung jawabnya dalam keluarga.

Kita kahwin ini nak jadi isteri. Bukan nak jadi hamba abdi. Kalau nak jadi hamba, baik menghambakan diri kepada yang Maha Esa je. Tak payah kahwin.

Namun kalau isteri itu suri rumah yang memang 100% uruskan rumah sahaja, mungkin lain tipnya. Hanya anda yang tahu situasi dalam rumah tangga anda.

Owh, ya! Suami yang kongsi buat kerja rumah tak jatuh pun martabat dia sebagai suami. Tak ada istilah takut bini.

Zaman sekarang lelaki-lelaki yang menjaga agama, terpelajar, mampu dan berkarisma semuanya tak ada masalah nak uruskan hal rumah. Dia sibuk, dia cari pembantu sebab dia mampu.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply