Sejak sekian lama sneakers merupakan pelengkap gaya seorang lelaki yang ingin tampil dengan imej smart kasual atau gaya streetwear. Jadi amat penting untuk anda tahu tip sneakers agar tidak nampak janggal bila memakainya.
Di pasaran terdapat ratusan jenis dan jenama sneakers ditawarkan kepada pengguna. Kadangkala tidak dapat dinafikan memang sukar untuk membuat pilihan. Bagi sneakers yang edisi khas atau terhad pula pastinya harga sangat tinggi di pasaran jualan semula.
Ingin dapatkan pada harga retail pastinya sukar. Namun gaya anda tidak bergantung kepada sneakers edisi terhad atau tidak. Ia sebenarnya terpulang kepada bagaimana anda menggayakannya.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip sneakers untuk anda nampak lebih kacak, trendy dan semestinya tidak kalah dengan gaya!
Jom ikuti tip sneakers bersama kami di bawah!
MULAKAN DENGAN KLASIK
Jika anda baru berjinak-jinak dengan sneakers, mulakan dengan model klasik yang tidak lapuk ditelan zaman. Model seperti Adidas Stan Smith, Converse Chuck Taylor atau Nike Air Force One sentiasa relevan untuk gaya.
BACA: Trend Penjagaan Diri & Fesyen Boleh Jejaskan Penampilan Lelaki, Jauhinya Segera!
PILIHAN WARNA PUTIH
Pilih sneakers yang versatil dengan apa juga pakaian anda gayakan. Untuk itu carilah sneakers berwarna putih. Ia bukan sahaja sesuai untuk pelbagai majlis dan acara tetapi nampak lebih kemas dan senang dipadankan dengan apa jua warna pakaian.
CHUNKY SNEAKERS
Trend sneakers yang lebih tebal atau chunky juga cukup menarik. Jika anda memilih untuk memakai sneakers jenis ini pastikan outfit anda sidatnya lebih mute. Jauhi warna-warna terang kerana fokus utama pada diri anda terletak pada sneakers tersebut.
ELAKKAN SELUAR STRAITGH CUT
Ini terutamanya jika anda meanggayakan sneakers jenis high cut atau dalam kategori ‘dad shoes’. Untuk estetika lebih urban anda boleh padankan dengan seluar jenis jogger, rolled up chinos atau jeans yang singkat pada potongan buku lali.
USAH RISAU JIKA KOTOR
Menggayakan sneakers terutamanya dari material jenis kanvas pastinya lebih mudah untuk kotor. Namun anda jangan risau jika ia terpalit sedikit kotoran. Itulah sebenarnya mencerminkan personaliti sneakers itu sendiri. Ia nampal lebih rugged dan bergaya dalam personanya tersendiri.
PIN ROLL
Jika anda memakai seluar jenis khaki, usah segan untuk melakukan pin roll. Lipatan pin roll boleh memberikan gaya estetika lebih menarik kepada sneakers yang anda pakai. Ini terutamanya jika anda menggayakan sneakers jenis low cut.
USAH IKUT HYPE
Anda pasti pernah mendengar istilah hypebeast bukan? Usahlah anda terlalu terikut-ikut dengan trend sehinggakan terpaksa berkejaran ingin mengikuti apakah sneakers paling ‘hype’ masa kini. Ingat anda menggayakan sneakers untuk keselesaan, gaya dan juga menyerlahkan personaliti tersendiri. Bukannya mengejar untuk jadi siapa lebih hebat.
Semoga perkongsian tip fesyen ini boleh memberikan manfaat kepada anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
FOTO: Freepix
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.