Aktor popular, Kamal Adli menzahirkan rasa bangga buat isteri tercinta yang juga aktres jelita, Uqasha Senrose yang tidak pernah mengeluh menjaga puteri sulung mereka, Hawra Uqaira.
“Uqasha Alhamdulillah okey baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha sebenarnya sebab cara dia jaga baby itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Bimbang Penyerang Hanya Dipenjarakan 2 Tahun, Akan Bahayakan Nyawa Orang Lain Pula
“Macam saya sendiri tak selarat itu maknanya walaupun tiga empat pagi dia boleh bangun dodoikan. Saya tengok dia lama-lama memang dia seorang ibu yang sebenar sebab sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.
“Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung,” kayanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media drama terbaharu Viu, Nafsu.
Selain itu, Kamal turut berkongsi perkembangan Uqaira dan cabarannya sebagai seorang bapa.
ARTIKEL BERKAITAN: Hawra Uqaira Pilihan Nama Buat Puteri Sulung Uqasha, Kamal Adli
“Hawra Uqaira dah masuk dua bulan. Alhamdulillah baby sihat, kami terkejut sekejap dah membesar. Banyak rupa saya sebab ikut mata saya.
“Awal-awal sukar sikit saya kena tukar shift dengan Uqasha. Uqasha ambil siang, saya malam tapi malam pun Uqasha ada bangun juga.
“Susah rupanya berjaga malam ni sebab dia macam nak tidur tak nak tidur. Selain cabaran kena berjaga malam, nak mencari susu formula yang sesuai dengan baby pun sukar,” tuturnya lagi.
Untuk rekod, pasangan kesukaan ramai itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2021 dan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Uqasha Senrose
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.