Ramai Golongan Muda Kena Serangan Jantung Akibat Tembakau

Peningkatan golongan muda yang mengalami serangan jantung sangat membimbangkan.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan kes serangan jantung di kalangan mereka yang berusia bawah 40 tahun telah meningkat dengan ketara.

serangan jantung serangan jantung

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara, Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim baru-baru ini berkata, ramai yang menganggap serangan jantung hanya menyerang orang dewasa tetapi trend terkini menunjukkan golongan muda semakin ramai mengalaminya.

Semakin Ramai Golongan Muda Kena Serangan Jantung Akibat Tembakau

“Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022, Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 menunjukkan peningkatan perokok daripada golongan itu antara tahun 2012 hingga 2017.

“Terdapat juga trend yang semakin membimbangkan dalam penggunaan e-rokok atau vape.

“Menurut kajian, 42.2 peratus (%) remaja yang menggunakan atau mencuba vape atau rokok elektronik (e-rokok) telah bermula seawal usia 14 tahun,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 di IJN, di sini hari ini.

Tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 adalah Melindungi Kanak-kanak Daripada Pengaruh Industri Tembakau.

serangan jantung serangan jantung

Jelasnya, kebanyakannya perokok terdiri daripada remaja lelaki manakala golongan wanita lebih berminat menghisap vape kerana dikatakan dapat menguruskan badan, sebagai penganti rokok dan cara dipasarkan lebih selamat.

Semakin Ramai Golongan Muda Kena Serangan Jantung Akibat Tembakau

“Laporan oleh NHMS 2022 menunjukkan terdapat lonjakan ketara bagi pengguna vape atau e-rokok pada tahun 2017 iaitu daripasa 9.8% kepada 14 9%,” katanya.

Jelas beliau, saiz vape yang kecil dan didatangkan dengan pelbagai perisa termasuk buah-buahan menyebabkan penggunaan e-rokok sukar dibendung.

“Penggunaan serentak rokok dan vape boleh mendapat kesan dua kali ganda,” katanya.

Sehubungan itu, baru-baru ini IJN telah mengadakan program Hari Tanpa Tembakau Sedunia selama seminggu bertujuan memperkasakan belia untuk menentang tarikan produk tembakau dan nikotin termasuk e-rokok.

Inisiatif itu berlangsung dari 10 hingga 14 Jun lalu dan melibatkan lima buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

Sumber : 1
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply