Hujung Minggu REHAT, Luangkan Masa Bersama KELUARGA. Splash & Brunch Pilihan Warga Kota

Tak sabar rasanya untuk melangkah ke hujung minggu selepas penat berhadapan dengan pelbagai kerenah dan tekanan di tempat kerja. Inilah masanya untuk berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga yang sememangnya memerlukan perhatian daripada ibu bapa.

Bayangkan, hujung minggu ini berehat sambil menikmati hidangan brunch yang menyelerakan, apatah lagi dengan akses kolam renang untuk si kecil!

Itulah keunikan yang ditawarkan Sunset Terrace Sunway Resort Hotel sempena Splash & Brunch setiap Sabtu dan Ahad  di Aras 1 Sunway Resort Hotel bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

Pastinya anda sekeluarga sudah bersedia untuk merasai pengembaraan hujung minggu yang menakjubkan, menikmati pelbagai jenis makanan sambil anak-anak boleh bermain air sampai puas. pakej menarik dan berbaloi tersebut dicipta khas untuk memeriahkan rancangan hujung minggu bersama tersayang.

Makan Bersama Keluarga

Harga bermula RM208+ untuk dewasa dan RM104+ (kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas). Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma. Hidangan bufet yang menampilkan seleksi hidangan brunch antarabangsa menjadi menu mengiurkan untuk sarapan pagi dan tengah hari tersebut.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Penampilan “Sup Bunjut” Atas Kepala Dato Seri Vida Jadi Bualan Netizen! Komen di Instagram MW Meriah Dengan Kisah Lucu!

Antara hidangan  enak yang menarik pastinya memenuhi gastronomi anda termasuklah salmon and egg quesadilla, chicken and egg tacos, sausage gravy lasagna dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, hidangan brunch seperti shahshuka signatur, ayam dan wafel turut memenuhi ruangan buffet. Selain itu, hidangan berinspirasikan Amerika Latin seperti Roast Whole Lamb on the Spit, Salmon En Croute, Seafood Paella dan aneka churrasco turut menjadi pilihan bagi anda yang inginkan hidangan yang mengenyangkan.

Ruang kegemaran dan tumpuan kanak-kanak pastilah di hamparan mini-me , ruang Kids Dining pasti membuatkan mereka teruja untuk mengisi perut selepas penat bermain di kolam renang yang luas dan saujana mata memandang.

Sememangnya, keunikan yang ditawarkan Sunset Terrace Sunway Resort Hotel sempena Splash & Brunch ini bakal menjadi pilihan warga kota yang inginkan suasana percutian dalam bandar yang santai dan tidak jauh untuk dikunjungi.

Jika anda sekeluarga sudah bersedia untuk merasai pengembaraan weekend yang menakjubkan, jangan lepaskan peluang untuk memilih tawaran terbaharu hotel mewah tersebut.

Inilah masanya untuk seisi keluarga bersantai dan menikmati pelbagai hidangan istimewa  sambil merehatkan diri di tepi kolam renang. Anda juga boleh membawa anak-anak untuk ke Kelab Kanak-Kanak Wonderland Explorers supaya masa berdua bersama insan tersayang tidak terganggu.

Ruang senggang hujung minggu pastinya lebih dimanfaatkan dengan keseronokan apabila berada bersama keluarga tersayang!

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply