Anak suka duduk posisi ‘W’ ibu bapa jangan biar, hentikan ‘habit’ ini. Ramai ibu bapa tak kisah apabila anak duduk dengan posisi yang salah terutamanya yang berbentuk W. Alasannya sebab anak kecil lagi dan apabila dah besar, tabiat itu akan hilang.
Anak Suka Duduk Posisi ‘W’ Ibu Bapa Jangan Biar, Hentikan ‘Habit’ Ini
Perlu diketahui apabila dah menjadi ibu bapa bukan setakat kena ambil tahu cara nak mendidik anak semata-mata tetapi perlu ada pengetahuan asas dari aspek penjagaan kesihatan anak, membentuk tingkah laku anak dan proses perkembangan mereka.
Nak menegur tingkah laku anak bukan kena tunggu anak buat perangai yang bukan-bukan tapi jika rasa ada yang tak kena boleh terus tegur. Contohnya apabila anak suka hisap jari, menggigit kuku atau suka menjerit.
Ibu bapa kena ingat jika dibiarkan akan jadi tabiat sehingga mereka besar. Paling kerap dan dah jadi tabiat anak apabila mereka bermain, anak akan duduk dalam posisi W. Ingat ini bukan biasa-biasa tapi perlu diperbetulkan kerana kedudukan ini akan memberi kesan pada fizikal anak. Jangan tunggu dan buat tak tahu ye.
Kredit foto: Freepik
Sebenarnya, ramai anak-anak seawal usia setahun pun suka duduk dengan kedudukan menyerupai huruf W. Jika dilihat memang kedudukan seperti ini tiada masalah, namun jika dibiarkan akan memberi kesan negatif pada si kecil.
Seperti dipetik dari Boredomtherapy.com, ternyata pola duduk seperti ini sangatlah berbahaya kerana meletakkan tekanan pada pinggul, lutut, dan pergelangan kaki.
BAHAYANYA ADALAH BOLEH MENIMBULKAN MASALAH POSTUR DI KEMUDIAN HARI. DUDUK DENGAN POSISI INI DAPAT MENYEBABKAN KEKERASAN OTOT YANG SERIUS DAN MENIMBULKAN RASA TIDAK SELESA. HAL INI JUGA BOLEH MENYUKARKAN ANAK UNTUK BELAJAR MENGENDALIKAN TUBUHNYA.
Ibu bapa juga harus tahu, nak membiasakan anak pada kedudukan baru akan memerlukan masa. Anak-anak perlu terbiasa untuk melatih ototnya supaya mampu duduk dengan posisi yang betul.
Jadi, apabila si kecil kembali pada posisi duduk di antara dua kakinya, tegurlah, atau perlahan-lahan tarik kakinya, dan bantu mereka untuk duduk dengan kedua kaki bengkok di depan.
Perlu kerap ditegur supaya anak faham. Juga, elakkan dengan hanya mengatakan “Jangan duduk seperti itu,” melainkan beri contoh dan tunjukkan cara melakukan posisi duduk yang betul.
Kredit foto (top image): Freepik
Baca artikel lain juga: Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat, Kentalkan Hati Bila Anak Menangis
Bapa Ini Kongsi Tip Anak Duduk Diam Dalam Carseat. Jalan Jauh Pun Tak Merengek!
Trik Ibu Potong Rambut Guna Face Mask. Anak Duduk Diam, Hasilnya Cantik!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.