“Masa Saya Berjaya, Saya Rasa Sepeti Kehilangan ‘Sesuatu’,” – Titik Tolak Mizz Nina Nekad Ubah Hidup 360 Darjah!

Penghijrahan yang dilakukan pemilik nama penuh Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina sejak sebelas tahun yang lalu sempat membuka mata ramai pihak.

Mana tidaknya, penghijrahan yang berlaku pada akhir tahun 2013 membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Mizz Nina, daripada bergelar bintang yang sinonim dengan imej seksi, dia berubah 360 darjah menjadi seorang Muslimah sejati.

Malah, Mizz Nina kekal istiqamah menggayakan fesyen patuh syariah dan menutup aurat sehingga kini. Dia juga bergiat aktif sebagai pendakwah serta terlibat sebagai aktivis kemanusiaan yang lantang menyuarakan pandangan terhadap isu Palestin dan Gaza.

Mizz Nina Kenang ‘Zaman Muda’ Pernah Palingkan Hati Dari Allah

“Saya pernah tutup pintu Allah masa saya muda. Tak solat, tak puasa, tak buat apa-apa, macam malas nak buat semua itu..

“Masa saya ke arah kejayaan, saya rasa macam ada kehilangan ‘sesuatu’ dan saya pun sudah lama dalam industri hiburan, banyak buat persembahan sini sana, jadi saya rasa ia hanyalah rutin harian..

“Saya merasakan semakin dikenali, saya bergerak ke era baru dalam hidup saya dan itu sebab saya senang untuk lepaskan semua benda..

“Apabila saya nekad untuk mendalami Islam, saya rasakan ini adalah permulaan kehidupan saya,” kata bekas isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Hijrah Satu Perjalanan Indah, Meski Tak Mudah!

Popular dengan lagu Wait You Waiting For, Mizz Nina mengakui cabaran dalam penghijrahan adalah suatu perkara paling sukar.

“Saya mengambil masa untuk berhenti pergi ke tempat yang selalu saya pergi dulu, perlahan-lahan nak belajar pakai tudung dan ambil masa nak pergi Haji..

“Balik dari Mekah, saya cuba praktikkan perkara itu dan mahu kekal istiqamah dan saya rasa itu adalah cabaran yang semua orang hadapi,” kata Miss Nina sebak.

Menerusi temubual slot Kisah Penghijrahan dalam Zayan My, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga mengakui bahawa ayat suci Al-Fatihah telah melengkapi hidupnya.

“Surah Al-Fatihah sangat memberi kesan besar pada saya sebab ia adalah surah pertama saya hafal dan surah pertama yang saya faham,” kata Mizz Nina.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari MEDIA HIBURAN

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Facebook Mizz Nina & Youtube Zayyan


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply