Anak Shila Amzah Disahkan Autisme, Doakan Yang Terbaik

Membaca berita tentang anak Shila Hamzah yang disahkan autisme tahap satu, ramai mendoakan baik-baik buat keluarga kecil ini terus fokus jaga putera sulungnya, Seth Uwais yang berumur 5 tahun.

Anak Shila Amzah Disahkan Autisme

Menurut penyanyi, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, perkara itu sudah dijangkanya dan suami tercinta Ubai MZ.

“Saya bersama suami dan Seth baru sahaja pulang dari hospital. Saya ingin kongsikan bahawa Seth telah disahkan autisme tahap 1. Alhamdulillah saya dapat berasakan sama ada autisme atau ADHD (Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan).

“Sekarang dia berada pada tahap 1 dan sedang menjalani rawatan terapi. Jadi doktor sarankan agar sesi rawatan terapi itu dapat diteruskan dan berusaha mencari sekolah yang menerima pelajar autisme,” katanya.

Doakan Yang Terbaik

Dalam pada itu, penyanyi lagu Selamanya Cinta itu turut memohon agar masyarakat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, agar dapat menjaga Seth dengan baik.

“Apabila dimaklumkan mengenai perkara ini, sudah pastinya sebagai ibu bapa saya inginkan yang terbaik dalam mendidik anak-anak.

“Setelah mengetahuinya secara rasmi, jadi kami sudah mengetahui langkah yang boleh diambil dalam mendidik dan membesarkan Seth.

“Saya mengharapkan agar kalian dapat mendoakan saya dan suami agar kami dapat menjaga dan mendidik dia (Seth) dengan baik selain Seth juga boleh membesar dan belajar dengan baik,” katanya.

Terdahulu Shila pernah berkongsikan keadaan anaknya mengalami kelewatan bertutur (speech delay) dan masalah deria (sensory issues) sehingga perkembangannya lambat setahun berbanding kanak-kanak seusianya.

Apa itu autisme?

Menurut perkongsian info daripada Dr Redza Zainol, sebenarnya ada beberapa ciri ciri autisme yang boleh ibu bapa tengok pada anak-anak.

Kalau ikutkan tanda autisme sudah boleh dilihat dari awal sejak bayi berusia 6 bulan lagi.

Tanda Awal Autisme

– Tak ada eye-contact.
– Tiada respon bila dipanggil nama. Sampaikan kita terfikir yang anak kita ni pekak.
– Tak suka dipeluk dan suka bermain sendirian.
– Suka ulang perkataan yang disebut oleh orang lain (echolalia).
– Kerap melakukan pergerakan badan yang berulang-ulang (mengayunkan badan, berputar atau mengepak-ngepakkan tangan).
– Obses yang mendalam terhadap sesuatu objek.
– Lambat bercakap atau tak boleh bercakap.

Tapi gerak hati tu diabaikan sebab saudara dan kawan-kawan banyak tolong sedapkan hati mereka. Jadi pastikan anda sentiasa memerhati dan memeriksa perkembangan anak.

Untuk info, Seth merupakan anak pertama Shila menerusi perkahwinan pertamanya dengan Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022. Mereka kemudian berpisah empat tahun kemudian.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply