Ingat, bila sah jadi suami isteri, jangan bandingkan kebahagiaan dengan orang. Pegang pesanan ini, semua perkahwinan unik dengan cara tersendiri.
Kalau dia bahagia bila punya anak ramai, kita mungkin bahagia dengan anak seorang yang cukup berkualiti dan tinggal sebumbung. Itu rezeki masing-masinglah. Nak lagi faham, jemput baca perkongsian Puan Normaliza Mahadi ini.
Jangan Bandingkan Kebahagiaan Dengan Orang
Tak ada perkahwinan yang sama walaupun yang berkahwin tu kembar seiras perempuan dengan kembar seiras lelaki. Kedua perkahwinan ini akan jadi berbeza. Tak akan sama!
Mendengar tips macam mana ada perkahwinan boleh bertahan sekian tahun, tak bermakna tips tu sesuai untuk perkahwinan kita.
Contohnya ada isteri kata, setiap tahun birthday dan anniversary dia akan dapat bunga dari suami. Dia sangat bahagia.
Tapi bukan semua isteri suka bunga macam dia. Ada isteri macam saya suka duit ringgit malaysia satu juta. Contohnya lah. Tapi mungkin ada isteri tak suka juga duit satu juta tapi prefer bunga lagi (ada ke macam ni?).
Dan ada suami pula kata rumah tangga dia dah bertahan 55 tahun sebab isterinya memang menyediakan makanan yang enak sedap lazat menyelerakan epic dan sebagainya setiap hari. Sebab itu dia sayang sangat isteri dia.
Tapi macam saya ini, masak dahlah tak berapa bijak, makan aje genius. Jadi tak sama kan rumah tangga ni.
Rangka Ikut Sesuai Dengan Pasangan
Rumah tangga kita unik dan tersendiri. Kita kena hidup dalam kerangka yang sesuai dengan pasangan sendiri bukan pasangan orang lain.
Dengar tips orang sangat digalakkan tetapi kena sesuaikan dengan kehidupan sendiri. Jangan frust kalau suami orang tu buat begitu dan begini kepada isteri dia. Jangan juga frust kalau isteri orang lain dapat buat begitu kepada suaminya sendiri.
Begitulah ya.
Cuba senaraikan apa yang isteri rasakan akan membahagiakan dalam rumah tangga. Senaraikan juga apa yang sesuai.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.