Sering Mendengar Ceramah Agama Di Youtube Buka Hati Mualaf Cantik ARNITA RODELINA TURNIP Peluk Islam

Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut di Institut Pertanian Bogor (IPB) ini untuk peluk Islam pada 20 September 2015.

Kredit Foto: arnitanita52

Ketika itu Arnita merupakan pelajar baru di IPB. Pada tahun pertama di kolej, Arnita dikehendaki tinggal di asrama.

Mualaf cantik yang terbuka hati peluk Islam kerana sering mendengar ceramah agama di Yotube ini merupakan anak kelahiran Medan, Indonesia.

Arnita yang beragama Katolik (ketika itu) mengenali rakan sebiliknya yang merupakan seorang wanita Islam yang sangat baik.

Kredit Foto: arnitanita52

Setiap jam tiga pagi, rakan sebilik Arnita selalu menunaikan solat tahajjud dan membaca al-Quran sehingga subuh. Ini membuatkan Arnita berasa terganggu.

Berlaku pertengkaran antara mereka. Namun, dari bilik asrama itu jugalah hidayah akhirnya datang kepada Arnita untuk memeluk Islam.

Kredit Foto: arnitanita52

SERING TONTON VIDEO CERAMAH

Arnita sering menonton video ceramah agama oleh Dr Zakir Naik di saluran Youtube. Antara kenyataan Dr Zakir Naik yang pernah Arnita dengar ialah “Islam lebih Kristian daripada Kristian.” Pada mulanya, Arnita tidak dapat menerima kenyataan itu.

Bagaimanapun, Dr Zakir Naik turut menjelaskan secara terperinci tentang sesuatu perkara bersama rujukan kitab dan petikan ayat.

Melalui ceramah agama itulah Arnita mula terbuka hati untuk memeluk Islam lalu dia mula berazam untuk memeluk Islam.

Kredit Foto: arnitanita52

Untuk lebih meyakinkan dirinya untuk memeluk Islam, Arnita mendengar lebih banyak ceramah agama di saluran YouTube. Itulah yang membuatkan dia benar-benar terbuka hati untuk memeluk Islam.

Akhirnya, Arnita memutuskan untuk melafaz syahadah pada 20 September 2015.

Kredit Foto: arnitanita52

Hijabista mendoakan semoga Arnita terus istiqamah bergelar Muslimah sejati seterusnya sukses dalam kehidupannya.

BACA JUGA: NUR ARISA MARYAM Mualaf Cantik Dari Jepun, Peluk Islam Setelah Tertarik Dengan Bahasa Melayu & Gaya Hidup Islam

 

Comments

Leave a Reply