Tip macam mana nak cari pengasuh yang baik untuk anak. Mencari pengasuh yang tepat untuk anak-anak anda adalah satu keputusan penting yang memerlukan pertimbangan yang teliti.
Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak
Pengasuh yang baik bukan sahaja dapat menjaga keselamatan dan kebajikan anak-anak, tetapi juga dapat membantu perkembangan mereka secara menyeluruh. Ramai ibu bapa bimbang apabila melibatkan soal penjagaan bayi mereka khususnya apabila membabitkan orang luar.
Walaupun kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun bagi sesetengah orang, mereka lebih memilih untuk menghantar bayi di kawasan berhampiran tempat tinggal.
Jika ingin menggunakan khidmat pengasuh, pastikan anda menjalankan semua prosedur penyelidikan dan keselamatan sebelum meninggalkan bayi anda bersamanya. Langkah pertama adalah membiarkan bayi baru lahir dengan pengasuh dalam tempoh tertentu di hadapan anda.
Walaupun pengasuh itu mahir dalam penjagaan bayi, sekiranya bayi anda tidak ingin berada di sekelilingnya, jangan sesekali memaksa anak anda. Anda perlu memastikan persekitaran kekal tenang dan mesra antara pengasuh dan anak kecil anda.
Tip Mendapatkan Perkhidmatan Pengasuh Bayi
1. Ahli keluarga/Saudara-mara
Sekiranya anda bernasib baik dan tinggal berdekatan dengan saudara-mara, ini boleh menjadi pilihan yang terbaik. Walaubagaimana pun, hanya kerana mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan anda, tidak semestinya mereka akan menjaga anak anda seperti yang anda mahu. Tetapi sekurang-kurangnya anda berasa percaya dan yakin kerana mengenali individu yang menjaga anak anda.
Namun, tidak menjadi kesalahan untuk anda menyenaraikan keperluan harian anak anda seperti kuantiti pemberian susu sebagai panduan yang boleh membantu mereka. Malah, senarai ini berguna untuk semua pengasuh bukan hanya untuk saudara-mara sahaja.
2. Lakukan penyelidikan
Tanya rakan, ibu bapa dan rakan sekerja untuk cadangan pengasuh bayi. Ini mungkin cara terbaik jika anda tidak mempunyai saudara yang tinggal berdekatan anda. Kebiasaannya rujukan daripada kenalan atau orang yang berpengalaman mendapatkan perkhidmatan pengasuh daripada individu yang sama boleh membantu anda.
3. Lakukan pemeriksaan latar belakang yang diperlukan
Sebaik sahaja mendapati seorang pengasuh yang anda fikir mungkin baik untuk penjagaan bayi anda yang baru lahir, lakukan pemeriksaan latar belakang terhadapnya. Anda boleh melakukan temuduga melalui telefon atau tinjauan ke rumah pengasuh berkenaan. Simpan salinan pengenalan diri pengasuh sebagai keperluan rujukan semasa dan akan datang.
4. Komunikasi
Anda sudah pasti mahu pengasuh menjaga bayi anda sama seperti anda dengan cara yang terbaik. Pastikan anda menjaga hubungan anda dengan pengasuh dan ambil masa untuk berbual dengan mereka mengenai anak anda supaya wujud keselesaan antara anda dengan pengasuh. Apabila wujud hubungan komunikasi dua hala yang baik, pengasuh tidak teragak-agak untuk memaklumkan keadaan semasa anak asuhannya kepada ibu bapa.
Kredit: Hello Doktor
Baca artikel lain juga: Rupanya Ada Cara Mudah Nak Cari Pengasuh Yang Dipercayai, Ibu Ayah Kena Tahu Perkara Ni!
Kalau Tiada Kesabaran Yang Tinggi, Jangan Jadi Pengasuh.;-Luah Dayana Roza
Terpaksa Cari Pengasuh Baru, Jangan Salah Pilih. Ini Perkara Ibu Ayah Perlu Tahu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.