Demam gaya hidup bersukan semakin dirasai seluruh penduduk dunia dengan kehadiran temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal menjelang pada bulan Julai ini.
Justeru, sekiranya korang sedang tercari-cari sepasang sepatu yang paling bersesuaian untuk membantu prestasi korang sewaktu bersukan tetapi masih memenuhi cita rasa stail ketika bergiat aktif, REMAJA mempunyai sepasang sneakers yang paling sesuai untuk korang pertimbangkan.
Perkenalkan siluet terbaru daripada Converse iaitu Run Star Trainer. Sekilas pandang, sepatu yang didatangkan dalam lima rona berbeza ini kelihatan cukup familiar; seakan korang pernah sahaja melihatnya di stor Converse or better yet, korang pernah memilikinya.
Tidak kurang juga pasti ada di antara korang yang terfikir tidak mungkin ini merupakan rekaan sepatu terbaru Converse kerana siluetnya yang tampak sama dengan keluaran terdahulu.
Well, you might be right on some level. Ini kerana Run Star Trainer sebenarnya diinspirasikan dariapda 20 siluet asli Converse!
Corak pada tapak kasut ini persisi rekaan tapak Chuck Taylor All Star tetapi ia dipanjangkan sedikit pada bahagian tumit. Run Star Trainer juga disertakan dengan logo bintang yang dicedok daripada rekaan kasut Run Star Hike yang diperkenalkan pada tahun 2019.
Patutlah macam pernah nampak, bukan! If it is not broken, why change it?
Bagaimanapun, Run Star Trainer tetap mempunyai keunikan tersendiri yang membuatkannya istimewa di mata peminat jenama Converse. Khabarnya, Run Star Trainer bersesuaian untuk kegunaan pelbagai jenis sukan disebabkan rekannya yang versatil dan memberi keselesaan kepada si pemakai.
Menurut Converse, 20 siluet asli Converse yang ada dalam rekaan Run Star Trainer ini membuatkannya sesuai untuk dipakai oleh atlet karate, lawan pedang, bola sepak, gusti, lompat kijang, larian berhalangan dan macam-macam lagi sukan lain.
Tidak cukup dengan itu, gabungan materialnya seperti nylon, suede dan kulit membuatkannya lebih eksklusif pada mata yang memerhati dan jari yang menyentuhnya.
Menarik bukan? Korang boleh memiliki Run Star Trainer secara eksklusif di stor Converse The Exchange TRX atau di laman sesawang converse.my.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.