Kemboja mempunyai kompleks Angkor Wat dan Indonesia pula mempunyai Candi Borobodur. Dua peninggalan sejarah berusia ribuan tahun ini menjadi tarikan pelancong dan memberikan tingkap kepada sejarah leluhur kita. Semalam penyelidik dari Pasukan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) mengumumkan penemuan patung Buddha bersaiz manusia yang dipercayai lebih tua berbanding dua bangunan bersejarah negara jiran ini.
Patung ini ditemukan di Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah dengan ia terletak di dinding utara candi Bukit Choras. Ia diperbuat daripada bahan stucco dengan Buddha dipaparkan dalam kedudukan duduk bersila ketika sedang bermeditasi. Penemuan ini mengesakan Bukit Choras pernah menjadi tapak keagamaan yang penting ketika abad kelapan hingga kesembilan
Penyelidikan dilalukan di Bukit Choras antara 21 April hingga 21 Mei lepas oleh pasukan penyelidik tempatan diketuai Dr Nasha Rodziadi Khaw dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) dan USM. Kerja penggalian yang dilakukan mendedahkan struktur binaan pada bahagian dinding utara dan barat hingga memperlihatkan dengan jelas struktur utama candi Bukit Choras. Selain patung Buddha, sebuah prasasti Sanskrit yang diukir di atas badan batu dan serpihan tembikar tanah turut ditemukan.
Baca lanjut di Amanz .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.