Bagi kebanyakan lelaki, gaya pakaian mereka cukup ringkas. Hanya perlu ada baju serta seleksi seluar yang boleh digilir-gilirkan sepanjang minggu.
Dan tidak dinafikan lelaki memiliki lebih baju pilihan baju berbanding seleksi seluar yang ada dalam simpanan atau di dalam almari.
Selain seluar jean dan seluar kerja pejabat apakah jenis seluar yang patut ada dalam koleksi anda?
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis seluar yang WAJIB ada dalam koleksi anda sebagai seorang lelaki kacak dan handsome!
Artikel berkaitan: Maksud Warna Di Sebalik Gaya Pakaian, Bukan Ikut Trend Fesyen Semata
1. CHINOS
Seluar yang sering dianggap basic dan mudah digayakan dengan apa jua jenis baju. Untuk chinos, pemilihan warna adalah sangat penting. Yang lebih gelap sesuai untuk ke majlis lebih formal, manakala untuk majlis santai pula sesuai menggunakan warna yang lebih cerah seperti kelabu atau coklat.
2. CORDUROY
Material yang sangat popular terutamanya ketika era 70-an hingga 90-an. Menggayakan corduroy sebenarnya tidak mudah. Ini kerana fabrik agak unik dan mudah untuk dikenali. Namun, ia sesuai dipakai dengan t-shirt berwarna gelap atau sweatshirt longgar.
3. DRAWSTRING TROUSER
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, populariti drawstring trouser telah kembali. Selain selesa dipakai, ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Malah, ia juga senang digayakan dengan sneakers.
4. SLIM FIT
Ia sedikit berbeza dengan skinny jean kerana seluar jenis ini diperbuat daripada bahan yang berlainan. Namun secara teknikalnya, ia memberikan gaya yang lebih kurang sama. Cuma, seluar ini boleh anda tampilkan lebih formal dan sesuai digayakan dengan kot juga kemeja.
5. RELAX LEG
Bagi anda yang tidak sesuai atau tidak gemar menggayakan seluar cutting skinny atau slim, ini adalah pilihan tepat. Potongannya lebih longgar dan memberikan keselesaan kepada pemakai. Namun, seluar jenis ini lebih sesuai digayakan dengan potongan kaki yang lebih singkat.
6. JOGGER
Peminat streetwear khususnya pasti meminati seluar jenis ini. Ia bukan sahaja memberikan keselasaan, malah menepati gaya yang mereka cari. Gayakan sahaja dengan sneakers putih, anda pasti tampil bergaya.
7. CARGO
Suatu ketika dahulu, seluar cargo dikaitkan dengan lelaki yang tidak pandai berfesyen. Namun zaman sudah berubah, kini ia dianggap antara seluar yang memberikan dinamik berbeza buat penampilan seorang lelaki.
Jika ingin menggayakannya, elakkan memakai cargo yang mempunyai poket sisi terlalu besar supaya penampilan anda tidak nampak lebar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.