Konsep ‘Modern English Luxury’ Sentuhan Merah Jambu, Penuhi Citarasa Pemilik Kediaman. IMPIANA berkesempatan berkunjung ke kondominum di Presint 5, Putrajaya baru-baru ini. Melihat dekorasi dan konsep yang menjadi pilihan pemilik dalam menata rias kediaman.
Kondominium ini hanya berkeluasan kecil, hanya 796 kaki persegi dengan 2 bilik namun atas garapan White Dot Sdn Bhd, syarikat pereka hiasan dalaman yang dilantik berjaya merubah wajah kondomonium yang kosong pada asalnya kepada konsep ‘Modern English Luxury’ yang tampak cukup glamor, hanya dalam masa 2 bulan.
Perkara yang menarik perhatian, apabila konsep ini diberi sentuhan feminin dengan percikan rona merah jambu yang merupakan citarasa dan permintaan daripada pemilik rumah sendiri. Sekaligus menyerlahkan aura glamor, mewah namun tetap mempunyai elemen ‘soft and sweet’.
Dekorasi Konsep Selaras Citarasa Pemilik Kediaman
Menurut Co Founder White Dot Sdn Bhd, Maslin Md. Ramly, konsep dan dekorasi Modern English Luxury ini disesuaikan mengikut citarasa pemilik kediaman.
Maslin Md. Ramly, Co Founder White Dot Sdn Bhd.
“Jika dilihat konsep ‘Modern English Luxury’ kebiasaannya ada sentuhan gold, rona beige, white, off white & peach. Namun kami selaraskan dengan kehendak pemilik kediaman juga yang mahukan rona merah jambu dalam dekorasi kediaman,” ujar Maslin.
Tambahnya lagi, pemilik kediaman menitik beratkan dekorasi bahagian ruang tamu kerana ia menjadi tempat untuk luangkan masa dengan anak selain ruang dapur untuk menyediakan juadah buat keluarga.
“Pemilik kata, kalau boleh area living nak rasa macam di hotel setiap kali duduk dengan anak,” jelas Maslin lagi.
Bijak Memaksimumkan Fungsi Ruang Terhad
Istimewanya pada kediaman ini, meskipun memiliki keluasan terhad, namun pereka bijak memaksimumkan fungsi ruang. ‘Built in’ Diamond Mirror pada ruang makan bukan sahaja berfungsi sebagai dekorasi kediaman yang mampu memberi efek luas, namun berperanan menjadi ruang penstoran tambahan.
“Rumah ini bahagian ‘dining’ nya kecil, jadi pemilik meminta supaya ruang tersebut nampak lebih luas. Jadi kami bina Diamond Mirror yang juga boleh menjadi storage agar pemilik boleh meletak pinggan mangkuk dan barangan kecil, ujar Maslin.
Bukan itu sahaja, bahagian hadapan depan juga dibina dressing area menempatkan wardrobe untuk kegunaan pemilik kediaman.
“Bahagian hadapan pada asalnya ingin dijadikan tempat solat, namun mempunyai ruang yang terhad. Jadi kami cadangkan, memanfaatkan ruang tersebut dengan membina small walking wardrobe untuk pemilik kediaman,” kata Maslin.
Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi buat pemilik kediaman lain yang mempunyai ruang keluasan terhad.
Info Kediaman:
Nama Pemilik:Nadiah Hani
Pereka Hiasan Dalaman: White Dot Sdn Bhd
Jenis Kediaman: Kondominum
Lokasi: Antara Residence, Presint 5, Putrajaya
Tempoh Renovasi & Hias Kediaman : 2 Bulan
Keluasan Kediaman:796KPS
Spesifikasi Ruang Kediaman:
-2 Bilik Tidur
-2 Bilik Air
-Entrance Foyer
– Dapur
– Laundry
– Ruang Makan
– Ruang Tamu
– Balkoni
-Dressing Area
Material Digunakan:
- Kabinet Dapur (Block Board Spray Paint Finish)
- Dinding- PVC (Wainscotting Spray Paint Finish)
- Shoe Rack (Block Board Laminated Finish)
- TV cabinet (Block Board & PVC Flutted Spraypaint Finish)
- Lantai (SPC flooring)
- Custom Made Chesterfield
- Kaunter Pulau (Quartz Stone)
Mesti Baca: Idea ‘LOUVERS SHELTER’ Berkonsep Inside Out, Ruang Santai Di Laman Rumah
Baca Lagi Di Sini: Rumah Berkonsep ‘Modern Earthy’ ANDI BERNADEE, Serlah Estetik Kediaman
Artikel Menarik: Ubah Suai Rumah Pusaka Uzur Usia 50 Tahun Jadi Konsep Vintage Retro!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.