Wajib Ambil Makanan Sihat, Ini Panduan Pemakanan Untuk Ibu Hamil!

Sewaktu hamil menjadi kewajipan ibu hamil untuk makan dan memilih jenis makanan yang sihat agar diri dan bayi dalam kandungan menerima nutrisi yang baik.

Jenis makanan bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil? Ini garis panduan pemakanan sihat untuk ibu hamil seperti yang dikongsikan oleh MyHealth Portal. Wajib ambil.

Makanan sihat penting untuk memastikan perkembangan janin yang sihat selain mengekalkan kesihatan ibu itu sendiri.

Paling utama adalah penting untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil:

* Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah antara 12-18kg.
* Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah antara 11-16kg.
* Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah antara 7-11kg.
* Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

 

Semasa hamil, berapa banyakkah yang perlu ibu hamil makan?

* 7 hidangan nasi/bijirin atau roti
* 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
* 2 hidangan susu atau produk tenusu
* 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang
* 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari

 

Apakah jenis makanan perlu makan lebih waktu hamil?

1. Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil

Trimester Kedua – + 360 kcal/hari
Trimester Ketiga – + 470 kcal/hari

Pilihlah makanan yang tinggi kandungan nutrien seperti:
* Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran berdaun hijau dan produk kacang soya)
* Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (seperti kacang peas)
* Vitamin A (hati, susu, telur)
* Vitamin B kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
* Vitamin C (jambu, betik dan limau)
* Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).

Menarik:  Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Sumber: MyHealth Portal


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply