5 Cara Mengurangkan Masalah Rambut Berminyak Bagi Wanita Bertudung

Setiap wanita termasuk yang bertudung, pasti pernah mengalami masalah rambut berminyak yang menimbulkan rasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika aktif sepanjang hari. Usah bimbang, Hijabista kongsikan 5 cara mengurangkan masalah rambut berminyak khususnya bagi wanita bertudung.

Kredit Foto: pexels

Material Tudung Yang Sesuai
Pilih tudung yang diperbuat daripada bahan kapas yang ringan. Ia memudahkan aliran udara di sekitar rambut dan kulit kepala, seterusnya mengurangkan kelembapan berlebihan.

Kredit Foto: miraagile

Elakkan juga memakai tudung daripada material sintetis seperti poliester yang cenderung membuatkan rambut cepat berminyak.

Kerap Cuci Rambut
Pilih syampu yang dirumus khas untuk merawat rambut berminyak. Biasanya mengandungi bahan yang membantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala.

Kredit Foto: pexels

Sebaik-baiknya, cuci rambut 2-3 kali seminggu. Gunakan syampu yang mengandungi minyak pokok teh atau mentol untuk sensasi segar dan anti-penuaan.

Keringkan Rambut Dengan Cara Betul
Keringkan rambut secara semula jadi sebelum memakai tudung. Menggunakan pengering rambut terlalu kerap boleh menjadikan rambut cepat berminyak. Jangan ikat rambut ketika basah kerana rambut akan cepat berminyak dan berbau.

Kredit Foto: pexels

Sikat rambut perlahan-lahan selepas mandi, kemudian biar kering secara semula jadi sebelum memakai tudung.

Elakkan Pakai Tudung Terlalu Ketat
Pilih gaya tudung yang tidak terlalu ketat tetapi masih kemas. Pastikan gaya tudung itu membolehkan aliran udara di sekeliling kepala.

Kredit Foto: pexels

Material kapas yang ringan dan longgar memberi keselesaan maksimum.

Diet & Penghidratan
Pilih makanan yang kaya vitamin dan mineral seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan protein. Nutrien ini penting untuk kulit kepala dan rambut yang sihat. Dehidrasi boleh menjadikan kulit kepala lebih berminyak. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bagi mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit kepala. Adalah lebih baik jika anda menambah biotin atau suplemen vitamin E dalam diet untuk rambut yang lebih sihat dan kuat.

BACA JUGA: Air Garam Boleh Hilangkan Masalah Rambut Hijabi, Cubalah!

Comments

Leave a Reply