Tip dekorasi ruang solat di rumah, selesa dan tenang. Mewujudkan ruang solat atau surau di rumah adalah langkah yang sangat baik untuk memudahkan keluarga beribadah dalam persekitaran yang peribadi dan selesa.
Bukan itu sahaja, dengan adanya ruang solat sendiri rumah, anda dan keluarga boleh beriabadah dengan tenang tanpa gangguan malah ia juga boleh digunakan oleh seisi keluarga untuk belajar mengaji dan memplejari ilmu agama bersama-sama. Ruang solat anda juga akan kekal bersih daripada sebarang kotoran.
1. Pilihan Warna Tenang
Gunakan warna yang menenangkan seperti hijau daun, biru lembut atau krim untuk cat dinding atau perabot. Warna-warna ini membantu mewujudkan suasana yang damai dan fokus.
2. Pencahayaan
Pastikan ruang solat mempunyai pencahayaan yang mencukupi, tetapi tidak terlalu terang atau terlalu malap. Lampu dengan cahaya lembut atau lampu dinding yang boleh dilaraskan dalam keamatan boleh menjadi pilihan yang baik.
3. Letak Karpet atau Sejadah
Sediakan karpet atau sejadah yang selesa untuk solat. Pilih bahan yang lembut dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh memilih sejadah dengan motif atau warna yang sesuai dengan estetika ruang solat.
4. Susun Atur Mudah dan Tertib
Pastikan ruang solat mempunyai susun atur yang bersih dan teratur. Elakkan daripada meletakkan barang atau hiasan yang berlebihan di dalam ruang. Ruang yang ringkas dan minimalis akan membantu anda fokus semasa beribadat.
Laraskan hiasan bilik solat mengikut keperluan untuk beribadah. Contohnya, tambah tempat menyimpan Al-Qur’an atau peralatan ibadah lain secara tersusun dan mudah dicapai.
5. Tambah Tumbuhan Hijau
Tumbuhan hijau di surau dapat menambahkan kesegaran dan rasa semula jadi. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam rumah dengan pencahayaan yang terhad.
6. Hiasan Dinding
Pasang hiasan dinding yang bermakna seperti kaligrafi Islam, ayat al-Quran, atau gambar semula jadi yang tenang. Ini bukan sahaja menambah estetika, tetapi juga menerapkan nilai-nilai rohani dan Islamik.
Moga bermanfaat!
Mesti Baca: Panduan Bina Surau Di Rumah, Nak Beribadah Pun Selesa
Baca Lagi Di Sini: 9 Panduan Bina Ruang Beribadah Di Kediaman
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
IMPIANA: Anda boleh mewujudkan ruang solat yang selesa, tenang, dan lebih bersemangat untuk beribadah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.