Jamal Abdillah Bakal Dapat Anak Ke Tujuh, Isteri Alami Alahan Teruk

Jamal Abdillah bakal dapat anak ketujuh, isteri alami alahan teruk. Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berkongsi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan teruk dan muntah-muntah selepas hamil anak kelima.

Jamal Abdillah Bakal Dapat Anak Ke Tujuh, Isteri Alami Alahan Teruk

Memetik Berita Harian  Jamal berkata, dia mahu merahsiakan kehamilan anak kelima, namun isterinya mengalami alahan teruk, tak makan selama lapan hari dan muntah.

“Jadi, saya nak berkongsi dengan rakan-rakan berhati-hati mengambil ubat. Ini kerana pengambilan ubat akan memberi kesan kepada jantung.

Empat anak Jamal bersama Zai Izzati (dari kiri), Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani.

“Isteri muntah-muntah hingga membuatkan jantungnya bengkak. Ia sangat merisaukan saya.

“Saya bukanlah mahu berkongsi mengenai kehamilan, tapi ia mengenai isu kesihatannya dilalui.

“Kita kena sama-sama beringat, jangan sampai jadi kepada orang lain,” katanya.

Untuk info, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.

Jamal juga memiliki dua lagi cahaya mata lelaki hasil dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

Jamal berkata, isterinya dirawat selama empat hari di sebuah hospital swasta, kemudian pulang ke rumah, namun masih muntah-muntah sehingga tak boleh makan langsung.

“Kemudiannya, isteri masuk kembali hospital selama empat hari, jadi lapan hari. Bayangkan tak makan lapan hari, itulah sebabnya dipercayai ada masalah jantung. Bila perut kosong, gastrik pun datang.

“Diharapkan isteri segera sembuh, saya melihatnya. Tapi, sekarang nampak perkembangan positif, semakin ceria, alhamdulillah,” katanya.

Mengulas kehamilan isterinya, Jamal berkata, ia adalah lebih kepada kurniaan rezeki Allah SWT.

“Ia adalah rezeki dan mungkin Allah nak menunjukkan kasih sayang kepada saya, jadi berikan tugas tanggungjawab sebagai bapa kepada tujuh cahaya mata ini.

“Dapatlah tebus dosa silam dan cahaya mata ini juga rezeki. Anak-anak adalah terapi dan hiburan saya.

“Sebenarnya saya sudah buat keputusan untuk tidak mahu lagi ada ‘baby’ selepas anak keempat, tapi rezeki datang.

“Jadi, saya sudah sepakat dengan isteri, kena ‘ikatlah’ selepas melahirkan anak kelima ini,” katanya yang menjangka bayi akan dilahirkan awal tahun depan.

Sumber: Berita Harian 

Kredit foto: Instagram Jamal Abdillah 

Baca artikel lain juga: Suara, Gaya, Baba Waktu Muda! Gandingan Zaki Yamani Jamal Abdillah Buat Ramai Terpegun

Teruja Dapat Baby Baru Jamal Abdillah Timang Anak Keenam

Pilih Anak Lahir Sama Tarikh Perkahwinan, Jamal Abdillah Buntu Pilih Nama Ada 100 Nama Dalam Senarai

 

 

 

Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.

Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply