Roti Puri Kembung Tanpa Yis

Hari ini kita buat menu simple memandangkan roti buku dah habis. Malas nak keluar
pergi kedai. Jadi kita buat Roti Puri Kembong Tanpa Yis.Memang sedap dapat cicah kari, sambal tumis ikan bilis, kacang merah, kuah dal, kuah kacang, sardin atau sangkaya. Nak dapatkan roti puri yang kembung jom ikut tip kak Ekin.

ROTI PURI KEMBUNG

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil marjerin
1 cawan air suam
Minyak masak
Cara memasak:

1. Masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.

3. Uli sampai doh tak lekat di tangan
4. Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat.

5. Kemudian tarik doh buat bulat-bulat kecil.

6. Canai leper dan masuk dalam minyak yang betul-betul panas. Api sederhana ye.

7. Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuk mengembung.
Angkat dan hidangkan.

Tip nak bagi Puri Kembong (cara kak ekin) :
1. Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
2. Waktu goreng, guna api sederhana.
3. Sambil goreng, curah minyak panas tu banyak kali atas roti Puri sampai ia
kembong sendiri.
4. Canai tak nipis sangat pun tak apa.

FB : Nurasykin Ali

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap, Seminggu Sekali Mesti Masak

Asam Pedas Daun Kesum Meletop Rasa

Asam Pedas Johor, Buat Pekat-pekat Makan Dengan Nasi Putih. Kuah Banjir Boleh Hirup Sampai Licin

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply