Jangan Tunggu Duit Banyak Baru Nak Bahagiakan Isteri

Ingat pesan mudah ini kalau nak bahagia, jangan tunggu duit banyak baru rasa nak belanja isteri dan anak-anak. Konsep rezeki, lagi banyak kita berkongsi dengan orang tersayang, lagi banyak lah akan masuk.

Begitulah sepatutnya. Jika gaji kecil, plan dengan cara paling sederhana. Ikut kemampuan, nak tunggu kaya duit kepok-kepok memang entah bila lah ya. Bak kata saudara Firdaus Shakirin, bahagiakan orang rumah kita ikut poket kita. Jangan tiru orang!

Jangan Tunggu Duit Banyak

“Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah. Ada sikit, kita seronok lah cara sikit. Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh dan masam muka. Akhirnya jadi tak seronok juga,” katanya.

Tambahnya lagi, setiap orang di dalam rumah merasai penat yang berbeza-beza. Sekiranya tunggu ada duit, baru nak keluar maka orang dalam rumah boleh stes dan burn out kerana terlalu lambat.

“Si suami pergi balik kerja hari-hari, si isteri uruskan hal rumah, anak pula belajar hari-hari. Mental dan emosi setiap penghuni rumah berlainan mengikut apa yang dilalui. Tapi kalau kena tunggu ada duit baru boleh ambik suasana baru, maka masing-masing akan stres,” jelasnya lagi.

Wang Akan Tetap Habis

Dia turut menyatakan bahawa duit tetap akan habis sekiranya digunakan dengan cara tersebut atau tidak. Nasihat juga diberikan agar berbelanja mengikut jumlah wang yang ada.

“Duit sedikit, kita belanja cara sedikit. Duit banyak, kita belanja cara banyak. Sesuaikan sahaja apa aktiviti yang boleh dibuat,” ulasnya.

Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan. Isi minyak kereta, jalan, letak tikar, bawa lauk dari rumah dan makan tepi laut.

Balik pasti semuanya akan gembira walau sekecil-kecil momen.

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply