Selebriti yang kini berstatus wakil rakyat, Datuk Dira Abu Zahar mencuri perhatian apabila memuat naik video bersama suaminya, Syfik Izdzywan Sidek di TikTok.
Suami Datuk Dira Abu Zahar Lupa Tarikh Kahwin
@diraabuzahar Sempena. Jadi bila tarikh yg betulnya? 😆 . Takpe. Yg penting u sabar dgn i. Dah type panjang2 ayat sweet2. Tapi ada org kata, jgn bgtau semua yg baik ttg suami kita, nnt ada yg lain nak try suami kita. ..jadi. Saya share di sini yg dia x ingat pun tarikh nikah kami. 😖. Jadi ko paham2 lah dek… . Terima kasih byk2 en suami. Kalau u x ingat apa2 pun, saya tetap sayang sampai bila bila. . Tak ingat tarikh nikah xpe, jgn x ingat ada bini je. . Ok bye. #anniversary ♬ original sound – YB DIRA ABU ZAHAR
Menerusi hantaran tersebut, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar yang berlari anak dari dalam rumah bertanyakan kepada suaminya bilakah tarikh pernikahan mereka.
Apa yang menghiburkan ialah, suami kepada pelakon filem ‘Longkai’ ini pada awalnya kelihatan teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut sebelum memberikan jawapan 23 Jun sebagai tarikh pernikahan mereka.
Terkejut mendengar jawapan tersebut, Dira lantas menepuk suaminya itu berkali-kali kerana memberikan jawapan yang salah.
“You nikah dengan siapa 23 Jun tu? Sumpah lah tak ingat? You serius lah?”
Hantaran tersebut menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mesra suami isteri itu.
Sekadar info, Dira selamat mendirikan rumah tangga dengan Syfik yang merupakan ahli perniagaan pada 20 Jun 2020 lalu.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali ketiga buat Dira di mana dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Bau, Tengku Shafriz-Rullah atau Ash pada tahun 2007.
Sumber: TikTok
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.