MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) kini meletakkan sasaran untuk melahirkan Pemenang Anugerah Nobel dari kalangan saintis tempatan. Tiada sebarang garis masa dinyatakan buat masa ini.
Buat masa ini, beberapa usaha sedia dijalankan dalam mencapai perkara berkenaan. Antaranya adalah termasuk pelaksanaan inisiatif melalui universiti tempatan untuk memupuk pemikiran Pemenang Anugera Nobel, selain Akademi Sains Malaysia yang telah melaksanakan program seperti penganjuran syarahan, perbincangan saintifik dan sesi motiviasi sains.
Sejak tahun 2004, Malaysia juga telah menghantar 84 saintis muda untuk menyertai Mesyuarat Nobel Laureate Lindau – dimana kebiasaannya Pemenang Nobel akan berkumpul untuk membentangkan penemuan penyelidikan.
Sama-sama kita nantikan perkembangan dalam arena sains dan inovasi ini, sehingga kita berjaya hadir dengan sejumlah Pemenang Anugerah Nobel.
Baca lanjut di Amanz .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.